Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz General”) dan BikesRepublic.com telah bekerjasama untuk menganjurkan Anugerah Malaysian Motorcycle of the Year (MMOTY) Allianz-BikesRepublic.com. Majlis anugerah sulung ini berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur di Subang baru-baru ini.
Allianz General merupakan penaja utama bagi anugerah MMOTY yang dijangka menjadi acara tahunan.
“Selepas lebih sedekad terlibat dalam anugerah VOTY (Vehicle of the Year) yang terkenal, kami berbesar hati untuk menaja Anugerah Malaysian Motorcycle of the Year. Acara ini bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian pengeluar motosikal di negara ini serta memberi lebih banyak maklumat kepada penunggang tentang pelbagai jenis motosikal yang terdapat di pasaran,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.
Sebanyak 12 anugerah motosikal dan empat anugerah industri telah disampaikan kepada para pemenang antaranya Anugerah Utama Malaysian Motorcycle Of The Year, Malaysian Motorcycle Personality Of The Year dan Kapcai of The Year.
Anugerah Utama Malaysian Motorcycle Of The Year dimenangi oleh Suzuki GSX-S1000GX. Selain itu, Suzuki turut memenangi anugerah Touring Bike of The Year dan anugerah Malaysian Motorcycle Personality Of The Year.
“Kami sangat teruja dan gembira menerima anugerah ini. Ia adalah satu kejutan yang tidak dijangka dan ini merupakan kemenangan anugerah motosikal pertama kami. Saya yakin dengan kemenangan ini, prestasi jualan kami akan meningkat dan kami akan menggunakan platform ini untuk memasarkan jenama kami dengan lebih luas,” kata Leong Kam Yew, Pengurus Kanan, Jabatan Jualan dan Pemasaran, Suzuki Malaysia Sdn Bhd.
Anugerah MMOTY telah dihakimi oleh barisan panel dan peminat motosikal yang pakar, termasuk Keshy Dillon, seorang wartawan permotoran dengan pengalaman lebih 18 tahun dalam industri serta Datuk Kapten Nik Huzlan, penganjur Rimba Raid, dan bekas pelakon serta peminat motosikal, Jehan Miskin.
Penaja Utama, Allianz General, menawarkan perlindungan Allianz Motorcycle Plus yang baru-baru ini telah ditambah baik untuk menyediakan perlindungan yang lebih meluas untuk penunggang dan pembonceng motosikal tanpa kos tambahan. Pelan ini direka khas untuk motosikal dengan kapasiti enjin 250cc dan ke bawah.
Ciri-ciri utama termasuk perlindungan kemalangan, yang menawarkan manfaat RM10,000 jika berlaku kematian atau kecacatan kekal susulan kemalangan jalanraya, bantuan tepi jalan – bantuan tepi jalan percuma untuk jarak sehingga 50km dua hala dan di bawah Inisiatif Insurans Rahmah, Allianz Motorcycle Plus kini menawarkan bantuan banjir RM1,000 sekali gus secara percuma jika motosikal rosak akibat banjir.
Allianz General ialah peneraju penanggung insurans am dalam industri, dengan bahagian pasaran 14.6%.
Allianz Bikes Republic Malaysian Motorcycle of the Year Awards 2025
Roll of Honour
Kapcai of The Year : Yamaha Y16ZR
Scooter of The Year (Below 250cc) : Vespa Sprint S 150
Scooter of The Year (Above 250cc) : Honda ADV 350
Sports Bike of The Year : Triumph Daytona 660
Touring Bike of The Year : Suzuki GSX-S1000GX
Cruiser of The Year : Harley-Davidson Road Glide
Naked Bike of The Year (Below 1000cc) : Yamaha MT-09
Adventure Bike of The Year (Below 800cc) : Honda Transalp 750
Adventure Bike of The Year (Above 800cc) : Triumph Tiger 900 GT Pro
Modern Classic Bike of The Year (Below 500cc) : Triumph Speed 400
Modern Classic Bike of The Year (Above 500cc) : Royal Enfield Shotgun 650
Malaysian Motorcycle Personality Of The Year: Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya
Malaysian Rider of The Year : Dato’ Ahmad Azhar Othman (AWIE)
Malaysian Innovator of The Year : RCB (Racing Boy)
Motorcycle Insurance Provider Of The Year : Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.
Malaysian Motorcycle Of The Year Overall Champion : Suzuki GSX-S1000GX