BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu dan MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu, yang kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW dan MINI di seluruh negara.
BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu hadir dengan proposisi menawan yang merupakan ciri istimewa BMW 5 Series serta menampilkan elemen visual yang menyerlah, yang meningkatkan identiti ikonik model ini. Meneruskan legasi sebagai Sedan Perniagaan Premium Paling Berjaya di Dunia, varian berkuasa petrol ini memperluaskan lagi pilihan untuk pelanggan di Malaysia, dengan menawarkan kuasa pecutan yang lebih tinggi serta kelengkapan yang lebih canggih, selepas pengenalan BMW 520i M Sport pemasangan tempatan pada tahun 2024.
Sementara itu, MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu pula tampil dengan gaya berani sebagai varian berenjin petrol bagi model terbesar dan paling serba boleh dalam Keluarga MINI Baharu. Dengan rangkaian kuasa pacuan semua roda, reka bentuk crossover yang tahan lasak, profil menegak dan lebar antara tayar yang ditingkatkan, MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu adalah kenderaan ideal untuk pemanduan di bandar mahupun pengembaraan luar.
BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu
Program Kewangan Dinamik.
Menerusi Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM4,178.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun @ 20,000 km jarak perbatuan setahun).
Sebagai alternatif, menerusi Pelan Pembiayaan Straight-Line pula, pelanggan boleh memiliki BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM4,442.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh tujuh tahun).
Pengalaman Pemilikan Premium yang Lengkap.
Pemilik BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh, termasuk:
- Bantuan Tepi Jalan BMW dan Talian Kecemasan Kemalangan
- Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu adalah:
BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu | RM 399,800.00 | |
Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW* | RM 430,100.00 | |
* Terdiri daripada Waranti Lanjutan Lima Tahun dan Pakej Servis |
MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu
Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama lima tahun, yang tersedia untuk semua kenderaan MINI baharu dengan senarai perkhidmatannya yang komprehensif termasuklah Bantuan Kemalangan dan Pertolongan 24-Jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih dari 200km dari rumah kediaman), Kenderaan Gantian, Mobiliti Lancar, Penginapan, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti serta Perkhidmatan Repatriasi.
Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi 1800-88-8808.
Pakej Waranti & Servis Lanjutan MINI.
Menegaskan komitmen MINI terhadap kualiti dan kepuasan pemandu adalah penawaran waranti standard selama dua tahun, dengan pilihan lanjutan waranti dan servis untuk memberikan kepastian jangka masa panjang serta ketenangan fikiran apabila membeli MINI baharu.
Pembiayaan MINI.
Dengan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan dianggarkan bermula dari RM2,338 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus dengan jarak perbatuan 100,000 km untuk tempoh lima tahun).
Harga jualan (atas Jalan, tanpa insurans) bagi MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu adalah:
MINI Countryman S ALL4 Pemasangan Tempatan Serba Baharu | RM 258,888.00 |
Dengan Tambahan Pakej Waranti dan Servis Lanjutan | RM 269,288.00 |