Piston.my

BMW Malaysia Mempamerkan Keterbukaan Teknologi menerusi BMW 530i M Sport Pemasangan Tempatan Serba Baharu dan BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 530i M Sport Serba Baharu, menambah satu lagi varian pemasangan tempatanan untuk Sedan Perniagaan Premium Paling Berjaya di Dunia. Bersama dengan pengenalan varian BMW 5 Series Serba Baharu ini adalah BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu, yang membawakan ‘Sheer Electric Driving Pleasure’ dalam rekaan siluet coupé yang elegan.

Sebagai model terunggul jenama BMW, BMW 5 Series terus menjadi peneraju dalam segmennya, menetapkan standard bagi sedan perniagaan premium di seluruh dunia. Selepas pengenalan BMW 520i M Sport pemasangan tempatan pada tahun 2024, BMW 530i M Sport Serba Baharu memperluaskan lagi Power of Choice untuk pelanggan di Malaysia dengan menawarkan kuasa output yang lebih tinggi serta senarai kelengkapan yang lebih canggih. Sementara itu, BMW 4 Series dikenali dengan reka bentuknya yang menonjol, prestasi lincah, dan teknologi canggih. Siluet coupé yang elegan menampilkan ekspresi berani dan kontemporari yang mencerminkan pengalaman pemanduan yang hebat. BMW i4 eDrive35 M Sport elektrik ini bukan sahaja mengekalkan ciri-ciri
Malaysia ikonik tersebut, malah memperkenalkan inovasi dan kemampanan Mobiliti Elektrik ke dalam barisan ikonik ini.

BMW 530i M Sport Serba Baharu

BMW 530i M Sport Serba Baharu mengekalkan pembahagian yang terbukti relevan, dan impak visual yang memberi nafas baharu kepada karakter model ini. Mendominasi bahagian hadapan kenderaan adalah kidney grille yang lebih besar, dilengkapi dengan pakej BMW Iconic Glow yang menampilkan bingkai berkilauan penuh untuk memberikan penampilan yang dinamik siang dan malam. Gaya ikonik “Sharknose” dan garisan berukir pada apron hadapan bersatu dengan harmoni, mencipta impak visual yang gah yang menonjolkan karakter sporty kenderaan ini. Menambah daya tarikan tersendiri BMW 530i M Sport Serba Baharu adalah lampu hadapan LED vertikal yang nipis dengan lampu siang yang elegan, serta siluet aerodinamik yang halus, mengunjur lancar ke bahagian belakang yang
sporty.

Melengkapkan gaya sporty ini adalah garisan aluminium satin pada bahagian luar, lampu belakang LED yang tirus, rim aloi ringan M dengan rekaan jejari bintang bersaiz 20 inci 938M serta lengkungan Hofmeister yang ikonik, memberikan sedan ini daya tarikan seperti sebuah coupé.

Di bahagian dalam BMW 530i M Sport Serba Baharu, kemewahan dan inovasi bergabung untuk mencipta pengalaman yang eksklusif. Pemandu disambut dengan stereng kulit M yang memberikan sentuhan sporty dan elegan kepada ruang kabin. Keselesaan dipertingkatkan melalui kerusi sport yang direka semula, dilengkapi dengan pelarasan elektrik dan fungsi memori, sokongan lumbar, sistem perjalanan & keselesaan, serta penghawa dingin automatik dengan kawalan empat zon.

Paparan Melengkung BMW yang berorientasikan pemandu mengintegrasikan kluster instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan skrin sentuh 14.9 inci, semuanya dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 8.5 dengan ciri QuickSelect (PilihanPantas). Menambah kepada estetika moden kenderaan ini adalah pelapik bumbung antrasit M, aksen M dalam warna silver gelap yang digabungkan dengan kemasan aluminium bercorak rhombicle serta Bar Interaksi BMW, unit kristal inovatif yang meliputi papan pemuka hingga ke panel pintu. Kawalan sensitif sentuhan untuk tetapan iklim dan pencahayaan ambien yang boleh disesuaikan menyatukan fungsi dan gaya mengikut pilihan individu.

Penumpang di bahagian belakang menikmati kabin yang luas, dengan ruang kepala dan kaki yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Melengkapkan pengalaman dalam kabin yang mengasyikkan adalah sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins dengan 18 pembesar suara dan amplifier 655 watt, memberikan kejelasan audio yang tiada tandingan.

Untuk bahagian enjin, BMW 530i M Sport Serba Baharu dikuasakan oleh enjin 2.0-liter B48 empat silinder yang berkuasa, dipadankan dengan teknologi hibrid ringan 48V BMW. Memberikan kuasa sebanyak 190 kW (258 hp) dan tork 400 Nm, rangkaian kuasa ini memastikan gabungan prestasi dan kecekapan yang luar biasa. Dengan keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 6.2 saat dan kelajuan tertinggi mencapai 250 km/j, sedan eksekutif ini menawarkan pengalaman pemanduan dinamik yang sejajar dengan karakter sporty-nya. Diperkukuhkan oleh ketepatan kejuruteraan BMW yang terkenal, rangkaian kuasa ini mencapai keseimbangan sempurna antara
pecutan yang mengujakan dengan kecekapan tinggi untuk setiap perjalanan.

Selain itu, pengalaman pemanduan BMW 530i M Sport Serba Baharu dipertingkatkan dengan Suspensi Adaptif Profesional bersama Stereng Aktif Integral, yang menawarkan keselesaan dan kelincahan maksimum. Penyerap hentakan yang dikawal secara elektronik dengan injap boleh laras tanpa had menyesuaikan diri dengan lancar mengikut gaya pemanduan, keadaan jalan raya, dan beban kenderaan, memastikan dinamik pemanduan yang luar biasa serta keselesaan sepanjang perjalanan. Melalui My Modes, pemandu boleh memilih tetapan yang diingini, seperti My Mode SPORT yang dilaras untuk ketepatan yang tinggi. Sementara itu, Stereng Aktif Integral meningkatkan kawalan pergerakan dan kelincahan pada kelajuan sederhana, memberikan keyakinan ketika menukar lorong atau mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Pada kelajuan rendah pula, stereng balas tayar belakang boleh digunakan untuk pemanduan yang selesa semasa keluar dan masuk dari ruang parkir.

Daripada segi sistem bantuan pemanduan, BMW 530i M Sport Serba Baharu hadir dengan Bantuan Pemanduan Plus sebagai standard, termasuk Kawalan Pemanduan Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, yang membolehkan penyesuaian lancar mengikut aliran trafik. Sementara itu, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, memastikan kenderaan kekal di tengah lorong dengan menggunakan intervensi stereng pembetulan. Amaran Keluar Lorong, yang dilengkapi dengan bantuan kembali ke lorong, meningkatkan keselamatan pada kelajuan melebihi 70 km/j dengan mengesan garisan lorong dan memberikan maklum balas haptik melalui stereng. Untuk pergerakan di kawasan bandar dan ruang sempit, Bantuan Parkir standard mengambil alih dengan ciri-ciri seperti Kamera Bantuan Undur dan Bantuan Undur. Sebagai sebahagian daripada Bantuan Parkir Plus – yang hadir sebagai standard untuk BMW 530i M Sport Serba Baharu – ciri-ciri seperti Pandangan Parkir, Pandangan Panorama hadapan dan fungsi pandangan 3D menyediakan pandangan 360 darjah kenderaan di Paparan Kawalan. Sementara itu, Paparan 3D Jarak Jauh membolehkan pandangan langsung tiga dimensi kenderaan dan persekitarannya yang dipaparkan melalui telefon pintar. Ciri-ciri lain Bantuan Parkir Plus termasuk Perakam Pemanduan BMW dan rakaman anti-kecurian.

Daripada segi ketersambungan, antara muka canggih Sistem Operasi BMW 8.5 menawarkan susun atur yang direka semula dan intuitif dengan widget yang disusun secara vertikal serta bar menu yang mesra pengguna, memastikan akses mudah kepada penghawa dingin, aplikasi, navigasi, media, telefon dan fungsi yang disambungkan. Keserasian penuh dengan Apple CarPlay dan Android Auto meningkatkan lagi ketersambungan, manakala fungsi sentuhan intuitif dan arahan suara semula jadi melengkapkan pengalaman pengguna yang lancar. Inovasi digital lain termasuk Bantuan Peribadi Pintar BMW, penyesuaian melalui ID BMW, navigasi menggunakan Peta Navigasi BMW, kamera
dalaman untuk tangkapan gambar dan rakaman yang dicetuskan oleh sistem penggera anti-kecurian, serta Kunci Digital Plus dengan teknologi radio Ultra-Wideband (UWB) yang dioptimumkan untuk keselamatan.

Ciri ketersambungan standard lain termasuk Kokpit Profesional Langsung BMW, panggilan kecemasan pintar, perkhidmatan telekhidmat, perkhidmatan sambungan pemanduan, pakej sambungan profesional, dan integrasi telefon pintar.

BMW 530i M Sport Serba Baharu menawarkan pelbagai pilihan komponen M Performance untuk penampilan yang lebih menonjol dan peribadi. Untuk maklumat lanjut mengenai komponen M Performance yang tersedia, pelanggan boleh menghubungi pengedar pilihan mereka.

Pelbagai pilihan warna luaran ditawarkan untuk BMW 530i M Sport Serba Baharu, termasuk Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Phytonic Blue Metallic, Brooklyn Grey Metallic, dan Cape York Green Metallic yang memukau. Melengkapkan penampilan luar yang dinamik adalah pilihan upholsteri premium yang direka untuk keselesaan dan keanggunan yang unggul. Pelanggan boleh memilih antara Leather Merino dalam warna Hitam/Atlas Grey atau Copper Brown/Atlas Grey, memberikan sentuhan kemewahan pada kabin kenderaan.

BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu

BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu mempamerkan gaya sporty, prestasi dinamik, dan keunikan tersendiri dalam segmen kenderaan elektrik premium. Model terkini coupé empat pintu serba elektrik ini menampilkan beberapa pembaruan visual dan set kelengkapan standard yang lebih banyak, diperkaya dengan Pakej M Sport untuk memberikan sentuhan dinamik dan sporty pada reka bentuk kenderaan ini.

Daripada bahagian hadapan, kidney grille BMW i4 eDrive35 M S port Baharu yang direka semula menampilkan rekaan sisipan moden yang meningkatkan daya tarikan futuristiknya. Daripada bahagian sisi pula, tayar aerodinamik M bersaiz 19 inci 996M Bicolour rekaan baharu menyerlahkan siluet memukau BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu. Berbanding model sebelumnya, BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu kini dilengkapi dengan lampu hadapan LED Adaptif yang diperbaharui, lengkap dengan grafik pencahayaan yang diubah suai untuk mencipta efek pandangan tajam. Dengan teknologi Adaptif, lampu hadapan bukan sahaja meningkatkan daya tarikan estetik kenderaan, malah
memastikan pemanduan lebih selamat dan bebas kabus semasa dalam gelap terhadap kenderaan dari arah bertentangan, dengan bantuan Pancaran Selektif BMW. Dihiasi elemen biru, modul lampu hadapan memberikan penampilan yang unik dan tersendiri. Selain itu, integrasi teknologi laser kini turut dilihat pada lampu belakang, yang sebelum ini hanya terdapat pada model BMW M terpilih, bukan sahaja meningkatkan penglihatan tetapi juga mengukuhkan Coupé ini sebagai lambang rekaan premium dengan fungsi yang canggih.

Beralih ke bahagian dalam BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu, stereng sport baharu dengan rekaan rata pantas mencuri perhatian. Tersedia dalam rekaan tiga jejari, stereng ini menampilkan estetika kontemporari yang meningkatkan keselesaan dan kemudahan penggunaan, dengan penanda di kedudukan jam 12 untuk fungsi dan gaya tambahan. Di tengah kokpit, terdapat Paparan Melengkung BMW berorientasikan pemandu yang menggabungkan paparan instrumen 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci dengan lancar, memberikan sentuhan elegan. Melengkapkan ciri ini adalah paparan hadapan head-up yang memastikan fokus lebih baik semasa memandu.

Sistem ini juga dilengkapi pencahayaan bertingkat di bahagian hadapan dan belakang. Kecerahan dan reka bentuk boleh disesuaikan mengikut citarasa peribadi, menawarkan sembilan pilihan warna. Komponen standard lain termasuk pakej cermin dalam dan luar. Panel instrumen kini menampilkan kawalan baharu dan ventilasi udara yang diperbaharui, manakala pencahayaan ambien mencipta suasana unik dalam kabin, menerangi butang kawalan tertentu, kontur, dan ruang kaki dengan cahaya lembut.

Sementara itu, trim kemasan aluminium bercorak rhombicle antrasit M hadir sebagai standard, bersama dengan upholsteri PerformTex M baharu dalam warna Hitam dengan jalur M yang memberi penghormatan kepada tradisi sukan permotoran model ini. Upholsteri inovatif ini bukan sahaja menawarkan penampilan dan suasana mewah, tetapi juga direka dengan memberi tumpuan kepada kemampanan. Bahan PerformTex M ini secara signifikan mengurangkan pelepasan karbon dioksida, menurunkan penggunaan dari 52 kg kepada hanya 18 kg, sekaligus menekankan fokus BMW terhadap rekaan mesra alam.

Dikuasakan oleh teknologi BMW eDrive generasi kelima, BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu menawarkan gabungan sempurna antara kecekapan, kemampanan, dan prestasi. Rangkaian kuasanya yang canggih, dengan arus motor elektrik segerak, menghasilkan output mengagumkan sebanyak 286hp dan 400 Nm tork, membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 6.0 saat. Dengan jarak sehingga 500 km, BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu mengimbangi kegunaan harian dengan dinamik pemanduan sporty. Tanpa penggunaan bahan nadir bumi, sistem
rangkaian kuasa ini dioptimumkan untuk mengurangkan kerumitan dan meningkatkan modular, memastikan pengalaman pemanduan yang menerujakan serta mesr a alam.

BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu membawakan ketepatan dan prestasi dinamik yang sinonim dengan BMW. Bateri voltan tingginya dipasang dalam konfigurasi gaya papan selaju di antara gandar, memastikan pusat graviti yang rendah untuk meningkatkan kestabilan dan pengendalian sporty. Kedua-dua gandar menikmati jarak trek yang luas, tayar 19 inci, dan nilai kamber tayar yang khusus untuk model ini pada gandar belakang lima pautan, mencipta tetapan yang unggul dalam responsif dan keselesaan.

Sistem sterengnya memberikan ketepatan dan respons yang luar biasa, membolehkan kenderaan dikawal dengan mudah meskipun melalui selekoh tajam, seolah-olah ia bergerak di atas rel. Walaupun dengan pelarasan suspensi yang sporty, perjalanan tetap selesa, menjadikan BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu menyerlah dalam dinamik pemanduan dan menyeronokkan untuk pemanduan di jalan raya.

Daripada segi pengecasan, BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu menawarkan kemudahan dan kecekapan yang hebat, menjadikannya pilihan utama dalam segmen kenderaan elektrik. Di stesen pengecas pantas, kenderaan ini boleh mengecas semula baterinya menggunakan arus terus (DC) pada kadar sehingga 180 kW, mencapai cas 80 peratus hanya dalam 32 minit, sambil menambah jarak antara 144 hingga 182 km dengan pengecasan pantas selama 10 minit. Untuk pengecasan di rumah atau menggunakan stesen pengecas dinding awam dengan arus ulang-alik (AC), ia menyokong sehingga 11 kW, membolehkan cas penuh dalam kira-kira 7 jam. Dilengkapi dengan Peta Navigasi BMW, kenderaan ini menawarkan perancangan laluan pengecasan yang terbaik untuk meminimumkan masa perjalanan, bersama panduan kedudukan yang tepat untuk ke lokasi pengecas melalui aplikasi My BMW.

Gabungan teknologi pengecasan canggih dan integrasi digital ini memastikan pengalaman yang lancar dan efisien untuk setiap perjalanan. Selain itu, BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu turut dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemandu yang canggih, direka untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan tekanan dalam
setiap perjalanan. Ciri-ciri standard termasuk Bantuan Kepekaan, Kawalan Pemanduan Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Bantuan Parkir Plus dan Bantuan Pemanduan, yang memastikan sokongan yang lancar untuk kedua-dua situasi pemanduan dan parkir.

BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu menawarkan pelbagai komponen M Performance pilihan untuk penampilan yang lebih menyerlah dan peribadi. Untuk maklumat lanjut mengenai komponen M Performance ini, pelanggan boleh menghubungi pengedar pilihan mereka untuk mengetahui lebih lagi. BMW i4 eDrive35 M Sport Baharu memperkenalkan dua pilihan warna luaran yang menakjubkan, Cape York Green dan Fire Red, yang turut melengkapkan pilihan warna sedia ada termasuk Alpine White, Mineral White, Black Sapphire, M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey.

Fuelled by cigarettes, coffee, the smell of petrol and 90's rock music

Artikel Berkaitan