PHS Automotive Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia hari ini mengumumkan harga baharu untuk rangkaian jentera dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV) sempena meraikan ketibaan tahun baharu.
Daripada model sportback hinggalah SUV dan sedan, Audi terus menawarkan reka bentuk yang tidak ditelan zaman dan teknologi automotif termaju. Kenderaan itu kini sedia untuk dimiliki oleh mereka yang mahu lebih menonjol dan menikmati pengalaman pemanduan luar biasa.
Memiliki sebuah Audi adalah penyataan naluri yang berani, diasaskan daripada kecemerlangan kejuruteraan selama berdekad-dekad dan warisan inovasi termaju, lahir di litar perlumbaan dan disempurnakan untuk kegunaan di atas jalan raya di seluruh dunia.Ia juga menjadi satu penyataan buat mereka yang mahu tampil berbeza daripada kebiasaan.
Struktur harga yang telah diubah itu juga hadir bersama berita menarik iaitu Pakej Jaminan Audi (Audi Assurance Package, AAP) kini menawarkan servis penyelenggaraan selama 5 tahun (sebelum ini 3 tahun) dan jaminan sehingga 5 tahun (dihadkan pada perbatuan sejauh 150,000), serta bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
AAP merangkumi penyelengaraan berjadual dan akses kepada rangkaian servis pakar Audi bagi memastikan kenderaan kekal berada dalam keadaan terbaik sepanjang pemilikannya. AAP membolehkan pemilik menikmati setiap perjalanan dengan yakin kerana disokong oleh komitmen Audi bahawa prestasi luar biasa seharusnya hadir bersama janji tentang kebolehpercayaan, kualiti, ketahanan dan keselamatan.
Kemas kini harga ini berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025.
Model | 2025 RRP (RM) | 2025 RRP (RM) Dengan Audi Assurance Package 5 Tahun Maintenance & Extended Warranty |
A7 Sportback S line
3.0 TFSI quattro |
715,990 | 740,390 |
A8 L S line
3.0 TFSI quattro |
1,077,990 | 1,103,790 |
Q3 Sportback S line
2.0 TFSI quattro |
343,990 | 358,990 |
Q5 Sportback S line
2.0 TFSI quattro |
368,990 | 388,490 |
RS 6 Avant Performance 4.0 TFSI quattro | 1,301,990 | 1,338,690 |
SQ8 Sportback e-tron quattro | 494,990 | 511,990 |
e-tron GT quattro with
Dynamic Package |
399,990 | 412,890 |
RS e-tron GT | 499,990 | 515,290 |
Sebagai tambahan, lapan model ditawarkan dengan harga istimewa dalam tempoh terhad bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2025.
Model | 2025 RRP (RM) | Harga is time wa tanpa AAP (RM) |
A3 S line
2.0 TFSI |
338,990 | 279,990 |
A5 Sportback S line 2.0 TFSI quattro | 440,990 | 419,990 |
RS 3 Sedan
2.5 TFSI quattro |
671,990 | 499,990 |
RS Q8
4.0 TFSI quattro |
1,570,990 | 1,400,000 |
Q8 e-tron advanced 50 quattro 359,990 339,990
Q8 e-tron S line 55 quattro | 465,990 | 373,990 |
Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro | 379,990 | 349,990 |
Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro | 474,990 | 382,990 |
Untuk perincian penuh mengenai senarai harga, tawaran istimewa dan Pakej Jaminan Audi, sila layari laman web www.audi.com.my atau kunjungi Audi Centre terdekat.