Mini Malaysia hari ini memperkenalkan Mini Countryman S ALL4 Baharu, sekaligus memperluaskan Keluarga Mini Baharu di Malaysia dengan varian berkuasa petrol yang dipasang tempatan untuk memastikan kehadiran Mini bagi setiap gaya hidup dan citarasa.
Dipasang secara tempatan, Mini Countryman S ALL4 Baharu menyertai barisan Mini Baharu yang ikonik di Malaysia, serta berkongsi proposisinya yang unik dan ciri Favoured Trim dengan Mini Countryman SE ALL4 yang diperkenalkan pada tahun 2024. Seperti rakan model elektriknya itu, Mini Countryman S ALL4 Baharu juga mempunyai penampilan yang unggul – lebih tinggi dan lebih panjang berbanding model terdahulu, namun masih mengekalkan identiti Mini.
Dimensi baharu ini menawarkan ruang yang lebih luas, keselesaan yang dipertingkatkan dan keselamatan yang lebih tinggi, menjadikannya sebuah kenderaan serba boleh serta mesra keluarga. Selain itu, rangkaian kuasa pacuan semua roda Mini Countryman S ALL4 Baharu, reka bentuk crossover yang tahan lasak, profil menegak dan lebar antara tayar yang ditingkatkan menjadikannya model yang sempurna untuk pemanduan harian dan pengembaraan luar.
Ciri reka bentuk unik Mini Countryman S ALL4 Baharu terletak pada profilnya yang menegak, lebar antara tayar yang ditingkatkan, unjuran yang pendek, bonet yang kompak, dan panjang antara tayar yang ditingkatkan dan dipadankan dengan tayar yang besar. Di bahagian hadapan, gril oktagon dengan rekaan terperinci dikelilingi oleh lampu hadapan LED, dipertingkatkan dengan bantuan pancaran tinggi dan tiga lampu utama yang boleh dilaras. Sementara itu, profil sisi menonjolkan garisan bumbung yang sedikit melengkung dan bersatu dengan sungguh elegan bersama tiang sisi belakang, manakala lingkaran jalur hitam menambahkan sentuhan moden pada nilai estetik luar kenderaan. Selain itu, pembahagian tradisional tiga bahagian badan kenderaan menonjol dengan reka bentuk baharu dan diserlahkan dengan tayar 20 inci berjejari Windmill dua tona.
Bumbung Mini Countryman S ALL4 Baharu yang lebih tinggi, lebih panjang, dan lebih lebar menekankan reka bentuknya yang menegak, memberikan penampilan yang gah dan berkuasa. Lampu LED bahagian belakang yang rata dan menegak juga dilengkapi dengan tiga lampu utama yang unik yang menyempurnakan penampilan kenderaan.
Sementara itu, keseluruhan ruang dalaman Mini Countryman S ALL4 Baharu yang luas turut dilengkapi dengan Favoured Trim. Kabinnya dicirikan oleh beberapa komponen yang direka dengan teliti serta berkualiti tinggi untuk mencipta suasana selesa dan tenang melalui penggunaan material penyerap haba – terutamanya permukaan tekstil yang diperbuat daripada fabrik poliester kitar semula dua tona melalui proses tenunan yang dihasilkan secara dalaman.
Papan pemuka Mini Countryman S ALL4 Baharu menyediakan pandangan hadapan yang luas tanpa kepadatan instrumen. Maklumat berkaitan pemanduan dipaparkan dengan lancar pada paparan Mini Head-Up di belakang stereng, manakala fungsi lain boleh diakses dengan mudah melalui ikon di tengah yang sensitif pada sentuhan atau kawalan suara. Paparan OLED bulat 240 mm yang unik dalam industri ini bukan sahaja menyediakan antara muka berasaskan sentuhan, malah mempunyai dua projektor di bahagian belakangnya untuk meningkatkan pengalaman pemanduan melalui mod baharu Mini Experience.
Bukan itu sahaja, Mini Countryman S ALL4 Baharu juga menampilkan tempat duduk sport John Cooper Works, dengan tempat duduk aktif khusus untuk pemandu. Kedua-dua tempat duduk hadapan dibaluti dengan kulit vegan berkualiti tinggi pada bahagian sisi dan boleh dilaras menggunakan elektrik dengan fungsi memori serta urutan untuk tempat duduk pemandu. Penumpang hadapan menikmati hampir 3cm tambahan lebar di bahagian bahu dan siku berbanding model sebelumnya, di samping tempat letak tangan di bahagian tengah yang luas di antara tempat duduk.
Manakala, tempat duduk belakang Mini Countryman S ALL4 Baharu pula menawarkan tahap keselesaan yang lebih baik dengan tambahan 2.5cm lebar bahu, dan setiap tempat duduk boleh dilaraskan secara individu ke enam posisi, termasuk sehingga kecondongan 12 darjah untuk pengalaman tempat duduk yang diperibadikan. Tempat duduk belakang dilengkapi dengan ciri pelarasan gelongsor, menawarkan fleksibiliti untuk mengutamakan sama ada ruang kaki tambahan atau ruang bonet yang lebih luas.
Ciri-ciri dalaman lain bagi Mini Countryman S ALL4 Baharu termasuk sistem akses keselesaan, Pakej Keselesaan Plus, cermin pandang belakang dalaman dengan fungsi anti silau automatik, pelapik bumbung antrasit, dan sistem bunyi sekeliling Harman Kardon 365 W dengan 12 pembesar suara. Daripada segi kapasiti bagasi, ruang 505 liter Mini Countryman S ALL4 Baharu boleh diperluaskan sehingga 1530 liter.
Sensasi Go-Kart dengan Kehadiran Ciri Luar Jalan Raya yang Dipertingkatkan.
Daripada segi prestasi, Mini Countryman S ALL4 Baharu dengan pacuan semua roda terus menawarkan keseronokan pemanduan yang unik yang juga merupakan ciri istimewa jenama ini. Lebar antara tayar dan panjang antara tayar yang ditingkatkan, bersama-sama dengan sistem peredam yang diselaraskan dengan baik dan digabungkan bersama bar penstabil dengan pramuat yang tinggi, memberikan sensasi go-kart Mini yang ikonik. Tambahan lagi, Mini Countryman S ALL4 Baharu dilengkapi dengan sistem ALL4 All-Wheel-Drive generasi baharu, yang sentiasa memantau keadaan jalan raya dan mengagihkan tork yang optimum dalam milisaat. Ciri ini memastikan keseimbangan yang sempurna antara cengkaman jalan raya yang luar biasa dan kecekapan bahan api. Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter yang ditambah baik, Mini Countryman S ALL4 Baharu menghasilkan 204hp dan 300 Nm tork, mencapai pecutan 0 sehingga 100km/j dalam hanya 7.4 saat serta mencapai kelajuan maksimum 228km/j.
Keterhubungan yang Moden dan Keselesaan Digital.
Keterhubungan digital dalam Mini Countryman S ALL4 Baharu dikuasakan oleh Mini Operating System 9, yang menggabungkan elemen fungsi dan emosi dalam gaya Mini yang unik. Paparan OLED bulat memudahkan penyampaian elemen statik dan dinamik, manakala animasi mikro meningkatkan kefahaman interaksi antara pemandu dan paparan utama. Bar status tetap terletak di bahagian bawah skrin, membolehkan pengguna memilih pilihan seperti “Navigasi”, “Media”, “Telefon”, “Semua Aplikasi”, “Hiburan” dan “Laman Utama”. Sementara itu, bahagian atas skrin dikhaskan untuk kandungan berkaitan pemanduan seperti kelajuan dan kemas kini status kenderaan yang penting. Suhu penghawa dingin pemandu dan penumpang pula terletak di sebelah kiri dan kanan paparan, serta boleh dilaras melalui sentuhan atau arahan suara.
Sebagai sebahagian daripada keterhubungan Mini Countryman S ALL4, pakej Mini Connected yang komprehensif memberikan akses kepada pelbagai aplikasi praktikal dan menghiburkan yang sentiasa berkembang melalui kedai aplikasi pihak ketiga, manakala Mini Intelligent Personal Assistant menawarkan pembantu suara Mini yang pertama, membolehkan navigasi, telefon, hiburan dan pelbagai fungsi kenderaan dikawal melalui suara. Selain itu, Mini App menawarkan fungsi seperti Paparan 3D Jarak Jauh, Penghidup Enjin Jarak Jauh dan MyTrips.
Melalui Mini App juga, fungsi Mini Digital Key Plus boleh diakses, yang membolehkan telefon pintar berfungsi sebagai kunci kenderaan. Kunci digital ini boleh dipindahkan secara digital kepada pengguna lain, menggantikan keperluan untuk menyerahkan kunci kenderaan konvensional bagi memudahkan perkongsian kereta.
Daripada segi bantuan pemanduan, Mini Countryman S ALL4 Baharu dilengkapi dengan Bantuan Pemanduan sebagai ciri standard, yang merangkumi Amaran Pertukaran Lorong (amaran semasa membelok dan pengembalian lorong aktif), Amaran Keluar Lorong dengan sokongan stereng aktif, Info Had Kelajuan dan Bantuan Had Kelajuan Manual, Kawalan Pengendalian dengan fungsi brek, Amaran Perlanggaran Hadapan dengan sokongan brek, Bantuan Elakan, Amaran Lalu Lintas Belakang dengan sokongan brek, Pencegahan Perlanggaran Belakang dan Amaran Keluar.
Juga termasuk sebagai standard adalah Bantuan Parkir Plus, yang merangkumi Bantuan Parkir, Bantuan Undur hingga 50m, Kawalan Jarak Parkir Aktif, Pemantauan Pergerakan, Pandangan Panorama Belakang, Pandangan Parkir, Pandangan Panorama, Paparan 3D Jarak Jauh, Perakam Perjalanan BMW dan Perakam Anti-Kecurian (luaran). Bantuan Pemanduan Plus tersedia untuk Mini Countryman S ALL4 yang merangkumi Kawalan Pengendalian Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, Bantuan Had Kelajuan Manual dan Automatik.
Mini Countryman S ALL4 Baharu hadir dengan pilihan warna luaran yang segar dan ekspresif yang menggambarkan ciri pengembaraan iaitu Smokey Green, Slate Blue, Chili Red, Melting Silver, Nanuq White dan Blazing Blue, manakala warna dalaman Mini Countryman S ALL4 Baharu tersedia dalam warna Dark Petrol.
Bantuan Tepi Jalan Mini.
Mini Countryman S ALL4 Baharu dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan Mini Malaysia selama lima tahun, yang tersedia untuk semua kenderaan Mini baharu dengan senarai perkhidmatannya yang komprehensif termasuklah Bantuan Kemalangan dan Pertolongan 24-Jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih dari 200km dari rumah kediaman), Kenderaan Gantian, Mobiliti Lancar, Penginapan, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti serta Perkhidmatan Repatriasi.
Program Bantuan Tepi Jalan Mini boleh diakses dengan menghubungi 1800-88-8808.
Pakej Waranti dan Servis Lanjutan Mini.
Menegaskan komitmen Mini terhadap kualiti dan kepuasan pemandu adalah penawaran waranti standard selama dua tahun, dengan pilihan lanjutan waranti dan servis untuk memberikan kepastian jangka masa panjang dan ketenangan fikiran apabila membeli Mini baharu.
Servis Mini Dalam Talian.
Membuat temujanji servis semakin mudah. Program servis dalam talian yang baru kini membolehkan pelanggan menjadualkan keperluan servis mereka terus dengan Pengedar Sah Mini pilihan melalui https://service.Mini.my/.
Pembiayaan Mini.
Dengan Pembiayaan Easy Drive oleh BMW Group Financial Services Malaysia, Mini Countryman S ALL4 Baharu boleh dimiliki dengan anggaran pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,338 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus, perbatuan 100,000 km untuk tempoh lima tahun).
Anggaran harga jualan bagi Mini Countryman S ALL4 Baharu pemasangan tempatan termasuk SST (atas jalan, tanpa insurans) adalah:
Mini Countryman S ALL4 Baharu | RM259,000.00 (Anggaran) |
(Dengan Pakej Waranti dan Servis Lanjutan) | RM270,000.00 (Anggaran) |