Susulan kejayaan pelancaran di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Edaran Tan Chong Motors Sdn.Bhd. (ETCM) ingin mengumumkan lanjutan promosi Early Bird untuk Nissan KICKS e-POWER Serba Baharu.
Tawaran istimewa ini kini tersedia kepada 1,000 pelanggan pertama, termasuk diskaun pengenalan sebanyak RM5,000 dan jaminan komponen EV selama 10 tahun/160,000km.
Disamping jaminan lanjutan, ETCM juga menawarkan pelbagai perkhidmatan tambah nilai untuk pembeli Nissan KICKS e-POWER. Perkhidmatan ini merangkumi 62 bengkel di seluruh negara yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah e-POWER, bantuan tepi jalan 24 jam, lima hab alat ganti serantau, dan kereta gantian untuk pembaikan yang mengambil masa lebih daripada 24 jam.
Dengan musim perayaan yang semakin hampir, Nissan KICKS e-POWER Serba Baharu adalah hadiah sempurna untuk diri anda dan ahli keluarga. Ruang dalamannya yang luas, ciri keselamatan canggih, dan prestasi pemanduan dinamik memastikan permulaan yang mengujakan untuk tahun 2025.
Nissan KICKS e-POWER Serba Baharu ini akan mula dijual di Malaysia bermula Januari 2025 dalam dua varian: VL dan VLT. Antara enam pilihan warna yang menarik ditawarkan ialah Brilliant White Pearl, Sunrise Orange, Red Pearl, Brilliant Silver dan Black Star. Varian VLT juga hadir dengan pilihan dua tona warna dengan bumbung Super Black dan satu lagi warna badan tambahan, Dark Metal Grey.
Nissan KICKS e-POWER ialah SUV kompak yang bergaya dan inovatif. la dipacu oleh sistem e-POWER generasi kedua Nissan. Tidak seperti hybrid tradisional, sistem e-POWER menyediakan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya, dengan enjin petrol 1.2 liter yang bertindak semata-mata sebagai penjana untuk mengecas bateri Litium-ion. Ini menghapuskan keperluan untuk pengecasan luaran, sambil memberikan prestasi dan kecekapan yang mengagumkan.
Ciri-ciri utama Nissan KICKS e-POWER termasuk:
- Tindak balas tork segera dan pecutan lancar daripada sistem pacuan motor elektrik.
- Kecekapan bahan api luar biasa 21.7 km/l, dengan jarak sehingga 900km dengan tangki penuh.
- Perjalanan yang tenang dan selesa dengan tempat duduk hadapan Zero- Gravity dan penebat bunyi yang canggih
Nissan KICKS e-POWER direka untuk pengalaman pemanduan yang dinamik dan menyeronokkan dengan empat mod pemanduan – ECO, SPORT, STANDARD, dan EV- serta e-Pedal Step, yang membolehkan pecutan dengan satu pedal, menjadikan pemanduan bandar lebih lancar dan lebih intuitif.