Piston.my

Pengeluaran CKD GWM Haval H6 HEV Capai 1,000 Unit

Great Wall Motor (GWM) Malaysia dengan bangganya mengumumkan pencapaian signifikan dengan pengeluaran unit ke-1,000 GWM Haval H6 HEV di kilang pemasangan EP Manufacturing Berhad (EPMB), Melaka. Pencapaian ini menyerlahkan komitmen GWM dalam menawarkan kenderaan berkualiti tinggi dan mesra alam, di samping memenuhi permintaan yang berterusan untuk mobiliti hibrid di Malaysia. Menyaksikan kejayaan penuh makna ini, penghantaran unit ke-1000 GWM Haval H6 HEV kepada pelanggan di seluruh negara kini bermula. 

Dengan fokus keutamaan kepada kenderaan mampu milik, kecekapan bahan api, dan impak minimum terhadap alam sekitar, GWM Haval H6 HEV kini menjadi pilihan popular dalam kalangan pemandu yang cakna terhadap kelestarian alam sekitar. Pencapaian ini bukan sahaja memperlihatkan peralihan pesat pengguna kepada kenderaan hibrid, malah mencerminkan gaya pemanduan baharu rakyat Malaysia yang mencari inovasi alternatif bercirikan mesra alam dengan tawaran harga kompetitif. 

Operasi pengeluaran GWM Haval H6 HEV dijalankan melalui proses penuh teliti, didukung oleh tenaga pakar kejuruteraan GWM Global yang terlatih dan berpengalaman. SUV berorientasikan keluarga ini direka bentuk untuk memenuhi piawaian keselamatan dan penarafan antarabangsa yang tertinggi, bagi menjamin kebolehpercayaan dan prestasi tiada tandingan untuk pengguna di Malaysia. Bagi menghasilkan kenderaan berkelas dan memenuhi piawaian global, GWM Malaysia kompeten dalam mematuhi setiap garis panduan untuk memastikan proses pengeluaran komprehensif, serta memenuhi permintaan pasaran tempatan yang semakin berkembang untuk mobiliti hibrid. 

Tampil sebagai SUV berorientasikan keluarga, GWM Haval H6 HEV dilengkapi dengan enjin hibrid turbo 1.5L berprestasi tinggi, menggabungkan tenaga petrol dan elektrik yang menghasilkan gabungan kuasa maksimum 243 PS dan tork 530 Nm. Selain itu, teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT) membolehkan kenderaan ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.7 saat. GWM Haval H6 HEV menawarkan kecekapan bahan api yang mengagumkan 5.8L/100 km, serta mampu mencapai jarak sehingga 1000 km dengan satu tangki penuh. Dengan jarak roda 2738 mm yang terbaik dalam kelasnya, SUV segmen C ini menawarkan pengalaman pemanduan terunggul dengan keselesaan maksimum kepada penumpang bahagian belakang. 

Untuk pasaran Malaysia, GWM Haval H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800 dengan lima pilihan warna: Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black. 

Sebagai tanda penghargaan dan bukti keyakinan terhadap produk, GWM Malaysia menawarkan pakej waranti istimewa kepada pemilik baharu GWM Haval H6 HEV, termasuk: 

  • Waranti Enjin 10 tahun / 1,000,000km.
  • Waranti Sistem HEV 8 tahun / 1,000,000km.
  • Waranti Penuh Kenderaan 7 tahun / 200,000km

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan