Chery Malaysia melancarkan ‘Great Year-End Lucky Draw’, dengan memberi peluang kepada pemilik baru kereta Chery, untuk menyertai hadiah cabutan bertuah bernilai lebih daripada RM150,000.
Bertemakan ‘Great Year-End Lucky Draw’, kempen in berlangsung dari 1 – 31 Disember 2024 adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Chery Malaysia untuk memberikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggannya.
Dengan menyertai acara yang menarik ini, pemilik baru kereta Chery akan berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik, menjadikan sambutan akhir tahun mereka lebih bermakna.
“Ramai pembeli sering menantikan bulan Disember untuk membeli-belah dan meraikan cuti akhir tahun mereka bersama rakan dan keluarga.
“Di Chery, kami ingin menambah lagi keseronokan musim cuti akhir tahun mereka dengan memperkenalkan cabutan bertuah khas ini,” kata Michael Chew, Naib Presiden Chery Auto Malaysia.
Kempen ini dibuka kepada pelanggan yang telah membeli dan mendaftarkan kenderaan Chery baru mereka dalam tempoh kempen (1 – 31 Disember 2024). Pelanggan baru yang layak akan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM150,000, termasuk sebuah OMODA 5 baru sebagai hadiah utama, bersama dengan hadiah menarik lain seperti peralatan rumah, konsol permainan video, dan baucar membeli-belah.
Chery Malaysia juga kini menawarkan promosi istimewa untuk barisan kenderaannya. Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM13,000 untuk OMODA 5, manakala model elektrik OMODA E5 datang dengan penjimatan sehingga RM11,000.
Selain itu, TIGGO 7 PRO yang menjadi kegemaran keluarga ditawarkan dengan penjimatan RM4,000, dan TIGGO 8 PRO tujuh tempat duduk yang luas menawarkan penjimatan sehingga RM15,000.
Model Kenderaan | Penjimatan | Harga Runcit |
OMODA 5 | RM13,000 | Dari RM99,800 (PM) RM102,650 (EM) |
OMODA E5 | RM11,000 | RM146,818 (PM) RM150,078 (EM) |
TIGGO 7 PRO | RM4,000 | RM123,800 (PM) RM126,500 (EM) |
TIGGO 8 PRO | RM15,000 | RM159,800 (PM) RM162,363.36 (EM) |
PM – Peninsular Malaysia EM – East Malaysia
Pakej Chery OMODA E5 termasuk jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km, dan jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) dan Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit) yang mendahului kelas dalam segmennya.
Tambahan pula, Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan.
Manakala TIGGO 7 PRO, TIGGO 8 PRO dan OMODA 5 datang dengan jaminan kenderaan komprehensif 7 tahun atau 150,000km bersama dengan perkhidmatan buruh percuma selama 5 tahun.
Chery Malaysia kini sedang menganjurkan roadshow di 1Utama Shopping Centre di Petaling Jaya, Selangor sehingga 15 Disember 2024. Pandu uji juga tersedia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen akhir tahun Chery ini, lawati mana-mana cawangan Chery di seluruh negara untuk pandu uji hari ini.