Piston.my

Volkswagen Malaysia Umum Program Bantuan Banjir

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini  mengumumkan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik  kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru  ini. 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, VPCM menawarkan diskaun sehingga 30% alat ganti tulen untuk kenderaan yang terjejas akibat banjir dari 1 Oktober  2024 hingga 31 Mac 2025. Diskaun tersebut boleh didapati di semua pusat servis sah Volkswagen di seluruh Malaysia. 

Sebagai tambahan, VPCM ada menawarkan pemeriksaan kenderaan secara  percuma bagi menilai tahap kerosakan akibat banjir dan mencadangkan  pembaikan yang sewajarnya. Servis itu bertujuan menjamin keselamatan dan  ketahanan semua kenderaan yang terjejas sebagai sebahagian daripada  program penjagaan selepas jualan yang komprehensif.  

VPCM juga menawarkan pelan pembayaran mudah di mana pemilik boleh  membayar bil pembaikan mereka beransur kepada enam atau 12 bulan dengan  kadar faedah 0%. Inisiatif ini membuktikan komitmen Volkswagen untuk  membantu pelanggan ketika berdepan waktu sukar dan memberi ketenangan  minda kepada mereka. 

Para pemilik digalakkan supaya memuat turun aplikasi Volkswagen Cares  daripada Apple App Store atau Google Play Store untuk menebus baucar  bantuan banjir mereka dan menempah slot temu janji. Aplikasi itu juga  menawarkan akses ke atas pelbagai manfaat dan perkhidmatan lain yang direka  bagi meningkatkan pengalaman pemilikan Volkswagen.  

VPCM akan terus mengutamakan keperluan pelanggan dengan menawarkan  tawaran mampu milik dan boleh dipercayai. Ini termasuklah dengan  menggunakan alat ganti tulen Volkswagen serta kerja-kerja pembaikan dilakukan  oleh pakar dalam usaha memastikan aspek keselamatan, kebolehpercayaan dan  ketahanan kenderaan. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan