Piston.my

Pemenang Lima Kali Anugerah Antarabangsa Jaguar Land Rover Malaysia Kekal Menerajui Kemewahan

Jaguar Land Rover Malaysia (JLR Malaysia) kekal unggul dalam segmen automotif mewah, menyerlahkan komitmen tidak berbelah bahagi ke arah kecemerlangan. Sekali lagi, jenama berkenaan merangkul gelaran berprestij Retailer of the Year (Asia Pasifik) pada Anugerah Jaguar Land Rover Retailer 2023/2024 baru-baru ini. Pencapaian luar biasa ini menandakan kemenangan kelima JLR Malaysia dan tahun keempat berturut-turut di tempat teratas, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor automotif mewah.

Anugerah Retailer of the Year berkenaan mengiktiraf kecemerlangan konsisten JLR Malaysia menerusi penilaian menyeluruh yang merangkumi pemasaran, jualan, perkhidmatan pelanggan, latihan kakitangan dan prestasi peruncit. Kejayaan berulang itu mencerminkan keupayaan JLR Malaysia untuk bukan sahaja memenuhi, tetapi melangkaui piawaian tertinggi industri tahun demi tahun.

Tonggak kepada kejayaan JLR Malaysia ialah nilai teras Sime Motors iaitu “Care for All, Act with Integrity and Win Together”. Prinsip-prinsip ini telah menjadi penggerak di sebalik kejayaan syarikat, memupuk budaya kolaboratif dan mengutamakan pelanggan merangkumi setiap aspek operasinya.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, berkata, “Pencapaian luar biasa JLR Malaysia merangkul anugerah Retailer of the Year untuk tahun keempat berturut-turut adalah bukti komitmen teguh kami terhadap kecemerlangan. Dengan sektor automotif yang terus berkembang dengan inovasi teknologi termaju dan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan, penghargaan ini memperkukuh keupayaan kami untuk secara konsisten menetapkan tanda aras baharu ke arah kecemerlangan operasi dan kepuasan pelanggan dalam pasaran yang sangat kompetitif.”

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Vantage Malaysia dan Jaguar Land Rover Malaysia, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk diiktiraf sekali lagi sebagai Retailer of the Year. Kejayaan berterusan ini bukan sahaja mencerminkan perkongsian strategik yang mantap antara JLR Malaysia dan SISMA Auto tetapi juga menyerlahkan sinergi yang berkesan dan dedikasi pasukan bersepadu kami. Kami berbangga kerana diiktiraf sebagai pemacu utama dalam pasaran automotif mewah, dalam terus memacu tahap inovasi dan perkhidmatan pelanggan.”

Bagi meraikan kejayaan ini, JLR Malaysia melancarkan kempen eksklusif untuk pelanggan setianya. Mulai 25 Oktober 2024 hingga 31 Januari 2025, pelanggan berpeluang memenangi aksesori dan baucar barangan bernilai sehingga RM8,000. Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan yang dihargai untuk merasai pengalaman gaya hidup Jaguar Land Rover.

“Kempen ini adalah tanda terima kasih kami kepada pelanggan atas sokongan berterusan mereka,” tambah Syed Ahmad Muzri.

Untuk merasai taraf kecemerlangan unggul oleh JLR Malaysia yang telah diiktiraf melalui anugerah berprestij sebanyak lima kali ini, orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran di Ara Damansara yang serba canggih. Sebagai bilik pameran Jaguar Land Rover terbesar di Asia Tenggara, fasiliti di Ara Damansara mempamerkan komitmen JLR Malaysia terhadap transformasi mewah moden, menampilkan barisan kenderaan Jaguar dan Land Rover yang mengagumkan, barangan eksklusif dan perkhidmatan peribadi.

“Kami menggalakkan semua orang untuk melawat bilik pameran kami di Ara Damansara dan alami sendiri dedikasi dan perhatian terhadap perincian yang mendorong kepada pengiktirafan ini. Pasukan kami bersedia untuk memberikan perjalanan yang imersif ke dalam dunia Jaguar Land Rover, seterusnya mengalami sendiri   bukti pengiktifaran secara konsisten kami sebagai yang terbaik di rantau ini,” sambung Syed Ahmad Muzri.

Melangkah ke hadapan, JLR Malaysia kekal fokus menongkah arus di luar jangkaan pelanggan, seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam landskap automotif mewah.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan