SAIC Motor Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan harga rasmi model baharu MG HS, kini tersedia dalam varian Standard dan Lux yang menarik, masing-masing berharga RM129,900 dan RM145,900. MG HS menampilkan reka bentuk menawan yang memikat pandangan dan melambangkan keanggunan di jalan raya.
MG HS baharu tampil dengan penampilan hadapan yang anggun serta agresif. Di bahagian hadapan, lampu utama LED Bi-Fungsi dengan Lampu Siang (DRL), gril yang tampak berani, dan bampar belakang yang direka semula menyerlahkan HS sebagai SUV paling menarik keluaran MG. MG HS juga dilengkapi dengan dua ekzos, lampu LED, dan spoiler sporty, bersama-sama dengan rim aloi potongan ‘Diamond Cut’ bersaiz 18 inci, melengkapkan gaya dinamiknya.
Untuk meningkatkan lagi daya tarikan sporty, MG HS menampilkan ciri eksklusif seperti angkup brek merah dan mod pemanduan “Super Sport” yang menambah sentuhan dinamik pada pengalaman pemanduan.
Bahagian dalaman kenderaan ini menawarkan 64 pilihan lampu suasana dan bumbung suria panoramik, serta tempat duduk Sport. Dari segi teknologi sambungan, MG HS dilengkapi dengan paparan instrumen digital 2.3 inci dengan empat tema, paparan infotainmen resolusi tinggi 10.1 inci dengan kamera 360˚, Apple CarPlay, Android Auto, dan sambungan telefon pelbagai fungsi MG iSMART untuk kawalan mudah.
Untuk kemudahan tambahan, ia menyediakan ruang kargo sebanyak 463 liter—yang boleh diperluaskan hingga 1,287-liter dengan kerusi belakang dilipat—dan pintu belakang kuasa. Bahagian dalam juga termasuk kerusi belakang yang boleh dilipat 60/40 dan boleh bersandar, serta rel bumbung yang menyokong hingga 50kg.
Di bawah hud, unit rangkaian kuasa MG HS dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5L yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar automatik 7-kelajuan, menghasilkan sehingga 162PS dan tork maksimum 250Nm. Ia direka untuk jangka hayat sehingga 320,000km.
Bagi sistem keselamatan, MG HS dilengkapi dengan sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) di bawah jenama MG Pilot. Antara ciri utama termasuk Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan basikal, Adaptive Cruise Control (ACC), Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), serta Amaran dan Bantuan Lorong (LDW & LKA). Ia juga hadir dengan Blind Spot Detection (BSD), Lane Change Assist (LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Intelligent High Beam Assist – memastikan anda memandu dengan tenang dan selamat setiap masa.
Pelanggan boleh memilih daripada empat warna luaran: Black Pearl, Arctic White, Camden Grey, dan Dynamic Red. Kesemuanya dipadankan dengan upholsteri kulit hitam.
Pakej Jaminan Komprehensif MG HS
- 5 Tahun Jaminan Kenderaan dengan Jarak Perbatuan Tanpa Had
- 7 Tahun Jaminan Waranti Rangkaian Kuasa dengan Jarak Perbatuan Tanpa Had
Harga MSRP (sebelum yuran pendaftaran, tanpa insurans) untuk MG HS Standard dan Lux yang serba baharu adalah:
MG HS Standard – RM129,900.00
MG HS Luxury – RM145,900.00
Tawaran Pengenalan Eksklusif untuk MG HS
Sempena ulang tahun MG yang ke-100, SAIC Motor Malaysia dengan sukacita memperkenalkan tawaran pengenalan eksklusif sebanyak RM5,000 untuk MG HS, merangkumi varian Standard dan Lux. Tawaran istimewa ini adalah peluang bagi anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga MG.