PHS Automotive Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia telah mengumumkan harga terkini untuk Audi Q5 Sportback. Dikenali oleh rekaannya yang menarik seperti sebuah coupe, dilengkapi pelbagai ciri premium dan prestasi luar biasa, Q5 Sportback kini ditawarkan pada harga RM368,990. Harga ini menjadikannya lebih mudah dimiliki oleh mereka yang ingin menyambut kedatangan tahun baharu dengan sebuah SUV paling menawan secara visual.
Audi Q5 Sportback yang dinamik dan bergaya ini merupakan satu pilihan menarik buat pemandu yang mahukan sofistifikasi, keselamatan serta prestasi.
Audi Q5 Sportback dijana oleh enjin 2.0L TFSI penuh kuasa yang mampu menghasilkan sehingga 249PS dan tork mencecah 370Nm menawarkan pemanduan mengujakan sama ada di jalan raya bandar mahupun di lebuh raya. SUV ini juga dilengkapi kotak gear S tronic 7-kelajuan yang responsi untuk peralihan yang lancar, dengan kuasa dan pecutan yang lancar.
Menawarkan gabungan sempurna estetika sebuah kereta sports dan praktikaliti sebuah SUV, Sportback ini dipasang dengan sistem pacuan semua roda quattro Audi yang lagendari bersama teknologi ultra.
Sistem itu menawarkan cengkaman, kestabilan dan prestasi yang tiada tandingan dalam apa jua keadaan cuaca dan permukaan jalan. Dengan suspensi jenis multi-link termaju pada gandar hadapan dan belakang, Audi Q5 Sportback menjanjikan pengendalian dan keselesaan luar biasa dalam setiap pemanduan.
Q5 Sportback merupakan ekspresi rekaan yang berani dan abadi. Ia nyata menarik perhatian dengan siluet S-line yang kemas serta memiliki penampilan maskulin. Singleframe Grill yang unik dan lampu utama LED dengan ciri pembasuh lampu itu bukan sahaja memberikan daya tarikan visual yang menarik tetapi juga memastikan pencahayaan waktu malam yang unggul.
Masuk ke ruang kabin Audi Q5 Sportback, sistem bunyi premium Bang & Olufsen dengan 19 unit pembesar suara dan 16 saluran amplifier itu menawarkan kualiti audio yang sangat jelas dan mengasyikkan kepada semua penumpang.
Tempat duduk hadapan dengan 12 tetapan elektrik, lengkap bersama sokongan lumbar elektrik dan fungsi memori menawarkan keselesaan kepada pemandu. Manakala sistem kawalan suhu 3 zon membolehkan tetapan suhu berbeza bagi setiap ruang kabin, seterusnya menghasilkan persekitaran yang menenangkan ketika semasa perjalanan.
Sebagai tambahan, ruang kargo seluas 510 liter menjadikan SUV ini bukan sekadar bergaya malah cukup praktikal.
Dilengkapi sistem kawalan jelajah adaptif Audi dan amaran menukar lorong, Audi Q5 Sportback pasti memberi ketenangan minda dengan rangkaian ciri bantuan pemandu. Kamera 360 darjah menawarkan pandangan keliling kenderaan yang komprehensif, sekali gus membuatkan perjalanan semakin mudah terutama di kawasan bandar yang sesak.
Audi Q5 Sportback didatangkan dalam warna hitam (Mythos Black), biru (Navarra Blue), putih (Glacier White), kelabu (Chronos Grey), kelabu (Daytona Grey) dan perak (Floret Silver).
Untuk memberi ketenangan minda kepada pelanggan, Audi Q5 Sportback hadir dengan Pakej Jaminan Audi (Audi Assurance Package) bersama kos tambahan. Ia menawarkan perlindungan dan sokongan komprehensif bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam kondisi yang optimum.
Program ini merangkumi servis penyelenggaraan selama 3 tahun, jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Dengan sambutan musim perayaan pada hujung tahun ini, Audi Malaysia juga menawarkan penjimatan menarik ke atas rangkaian e-tron dengan harga bermula RM378,990.
Senarai lengkap harga adalah seperti berikut:
No | Model | RRP dengan penjimatan* |
1 | e-tron GT Dynamic Package | RM399,990 |
2 | RS e-tron GT | RM499,990 |
3 | Q8 e-tron 50 (Sportback) | RM384,990 |
4 | Q8 e-tron 50 (SUV) | RM378,990 |
5 | Q8 e-tron 55 (Sportback) | RM388,990 |
6 | Q8 e-tron 55 (SUV) | RM378,990 |
*Harga tidak termasuk Audi Assurance Package (AAP).