Piston.my

Jelajah smart Tour Membawakan Pengalaman EV Eksklusif dan Tawaran Ulang Tahun smart ke Aeon Tebrau

smart Malaysia mengumumkan smart Tour Roadshow kini di Aeon Tebrau yang berlangsung dari 13 hingga 17 November 2024. smart Tour ini mengajak semua warga Johor untuk merasai keunggulan kenderaan elektrik smart #1 dan #3 sekaligus meraikan pencapaian penting dalam mobiliti elektrik ini dan ulang tahun smart.

Jelajah smart akan diadakan di Center Court Aeon Tebrau, diadakan setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Sepanjang lima hari Jelajah smart Tour ini, para pengunjung berpeluang untuk meneroka ciri-ciri terkini model EV smart yang paling baharu. Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan aplikasi Hello smart, yang direka khas dengan meningkatkan pengalaman pemilikan EV dalam mencari stesen pengecasan yang terdekat dan menguruskan fungsi kenderaan.

Selain itu, smart Malaysia juga menawarkan pandu uji eksklusif untuk kedua-dua model smart #1 dan smart #3 sepanjang jelajah ini. Pengalaman secara langsung ini membolehkan warga Johor merasai sendiri prestasi mengagumkan dan teknologi canggih yang menjadikan kenderaan ini sebagai peneraju dalam pasaran kenderaan elektrik. 

Untuk meraikan ulang tahun smart, para pengunjung boleh menikmati Tawaran Eksklusif Watt-A-Year. Tawaran ulang tahun ini memberikan penjimatan sehingga RM37,000 untuk smart #1 dan RM20,000 untuk smart #3 bersama tawaran tambahan yang direka untuk meningkatkan pengalaman memiliki kenderaan elektrik. Tawaran Watt-A-Year ini merangkumi:

  • Pengecas smartCharge Home percuma dengan pemasangan standard
  • RM1,000 smart Points untuk kredit pengecasan EV dan barangan rasmi smart
  • Rebat tunai dan Program Kerjasama Korporat
  • Empat tahun percuma servis berkala

Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai mobiliti elektrik dan meraikan ulang tahun smart di Aeon Tebrau, Center Court, dari 12 hingga 17 November 2024. Terokai teknologi EV terkini daripada smart dengan pandu uji kereta impian anda dan nikmati tawaran ulang tahun eksklusif yang hanya tersedia sepanjang jelajah ini berlangsung.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan