Mohamed Affandy Bin Zainal Ariffin dari Teluk Intan membeli sebuah Proton Saga Premium pada bulan Julai dan pembelian itu membawa kebahagiaan berganda apabila beliau memenangi satu unit Proton Saga Executive setelah dipilih sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Proton Q3 Test Drive & Win. Affandy yang sudah berkahwin dengan seorang anak membeli keretanya dari Han 333 Otomobil Sdn Bhd di Perak dan merupakan antara 12,992 peserta pertandingan tersebut, yang memberi peluang kepada pelanggan yang menempah dan mendaftar kereta sepanjang tempoh pertandingan untuk memenangi hadiah utama. Affandy menerima hadiah pada 5 November dari En. Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, di satu acara di ibu pejabat Pusat Kecemerlangan Proton yang disiarkan secara langsung di saluran media sosial syarikat.
Menambah lagi keceriaan, pemenang kempen Test Drive & Win Big untuk bulan Oktober diumumkan sebagai Abdul Taib Bin Ahmad dari Sarawak, yang membeli sebuah Proton Persona dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd. Sebagai pemenang Hadiah Utama beliau akan diberi ganjaran sebuah Proton S70 baru.
Kempen Proton Vaganza Akhir Tahun adalah usaha berterusan dalam kempen pandu uji Proton yang dari Oktober hingga Disember 2024, Ia menjemput pelanggan untuk melawat pusat jualan Proton dan pandu uji mana mana model. Pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM2,500 dan jikalau tempahan dan pendaftaran sebuah kereta Proton baru dilakukan pada bulan tersebut, mereka akan memasuki cabutan bertuah bulanan dan berpeluang untuk memenangi sebuah Proton S70 baru. Selain itu, pelanggan yang berkongsi posting di media sosial peribadi mengenai pandu uji mereka dan mendapat “likes” terbanyak pada bulan tersebut akan memenangi hadiah wang tunai tambahan bernilai sehingga RM1,500.
Selain hadiah yang ditawarkan dalam Kempen Ujian Memandu Q4, kempen Proton Vaganza Tahun Akhir juga menawarkan rebat sehingga RM7,000 untuk model terpilih, termasuk Proton X50 2024 dan Proton X70 2025. Selain itu, beberapa model boleh dibeli dengan pakej nilai tambahan seperti perkhidmatan percuma selama dua tahun, memberikan penjimatan jangka panjang serta ketenangan fikiran kepada pemilik.
“2024 merupakan tahun yang produktif bagi Proton, di mana Proton S70 memasuki tahun pertama jualan penuhnya dan kami juga telah memperkenalkan kemas kini bagi dua model rangkaian SUV kami. Menjelang akhir tahun, Proton ingin mengiktiraf kepentingan pelanggan kami untuk memastikan kejayaan berterusan Proton. Kami ingin mengucapkan terima kasih melalui perlaksanaan kempen Proton Vaganza dengan rebat istimewa untuk semua model dan sebuah Proton S70 sebagai ganjaran yang akan diberikan setiap bulan,” kata Edmund Lim Meng Thong, Naib Presiden Jualan & Selepas Jualan, Proton Edar.