Piston.my

Continental Tyres Bekerjasama dengan TNG eWallet untuk Pembelian dan Pemasangan yang Lancar

Continental hari ini melancarkan Program Mini di aplikasi TNG eWallet, merintis laluan untuk keyakinan dalam kalangan pemandu Malaysia bagi membeli tayar dengan hanya beberapa ketikan pada telefon bimbit mereka.

Bagi meraikan pelancaran dan meningkatkan keyakinan pembelian tayar dalam talian, Continental menawarkan promosi eksklusif dari 7 November hingga 30 November, bertepatan dengan Jualan Mega 11.11 yang amat dinanti-nantikan. Pelanggan boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM1 juta, dengan purata 15% pulangan tunai setiap transaksi.

Pelanggan yang membelanjakan minimum RM300 dalam satu transaksi antara 7 Nov 2024 – 31 Jan 2025, secara automatik akan menyertai cabutan bertuah dan memperoleh satu penyertaan untuk setiap RM300 yang dibelanjakan. Hadiah utama merangkumi jongkong emas bernilai RM10,000, serta hadiah-hadiah menarik seperti tiga iPhone 16 Pro, dua konsol PS5, dua Huawei MatePad 11.5” Edisi PaperMatte, dan dua Baucar Trapo. Pemenang mingguan juga boleh menerima pulangan tunai untuk pembelian tayar Continental mereka (3 pemenang setiap minggu) dan Kad NFC Continental x Touch ‘n Go Edisi Terhad.

“Kerjasama ini menandakan suatu pencapaian yang penting untuk Continental berikutan inovasi digital kami di Malaysia sempena pelancaran Program Mini pada TNG eWallet. Platform baharu ini memudahkan rakyat Malaysia membeli tayar Continental dalam talian, memenuhi permintaan mereka untuk kemudahan, keselamatan dan harga yang kompetitif. Melengkapkan kehadiran kami di Shopee dan Lazada, inisiatif ini menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi digital dan berada ‘dalam pasaran, untuk pasaran,’ dengan memenuhi keperluan pelanggan kami secara konsisten,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

Alan Ni, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, berkata, “TNG eWallet bukan sekadar penyelesaian pembayaran, tetapi aplikasi gaya hidup yang direka untuk memenuhi keperluan setiap hari dengan mudah. Kerjasama kami dengan Continental menunjukkan komitmen kami untuk meningkatkan kehidupan pengguna kami merentasi pelbagai titik sentuh, memberikan mereka perjalanan digital yang lancar, selamat dan holistik. Dengan lebih 22 juta pengguna yang disahkan, kami sangat teruja untuk menyepadukan jualan tayar ke dalam platform kami, memberikan rakyat Malaysia akses kepada satu lagi perkhidmatan penting di hujung jari mereka dan mengubah kemudahan menjadi standard gaya hidup.”

Program Mini membantu pengguna mencari corak dan saiz tayar yang betul, dengan pilihan untuk membeli. Pengguna boleh menggunakan kod promosi, memilih pengedar berdekatan dan menjadualkan pemasangan dalam kedai di lebih 120 kedai tayar Continental yang mengambil bahagian di seluruh negara melalui Program Mini. Setelah mengesahkan pembayaran melalui TNG eWallet, pelanggan hanya perlu memandu ke pengedar terpilih untuk pemasangan percuma, termasuk pengimbangan, dengan perkhidmatan penjajaran pilihan yang tersedia.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan