Dengan tahun yang semakin hampir ke penghujung, SAIC Motor Malaysia teruja mengumumkan promosi akhir tahun yang menarik untuk model MG4 EV dan MG ZS EV menawarkan tawaran EV terbaik di pasaran sekarang. Sempena ulang tahun ke-100 MG, pelanggan boleh menikmati ansuran percuma sehingga 20 bulan bernilai RM26,000 menjadikan pemilikan MG EV lebih mampu milik dan menarik—satu jemputan untuk pemilik baharu untuk menyertai keluarga MG!
Pembeli MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard masing-masing boleh menikmati 20 bulan, 12 bulan, dan 8 bulan ansuran percuma bernilai RM26,000, RM16,000, dan RM8,500. Tawaran istimewa ini memberikan ketenangan fikiran dan penjimatan besar kepada pemilik baharu.
Promosi akhir tahun ini adalah tawaran “terlalu hebat untuk dilepaskan” bagi bakal pembeli. Orang ramai di Malaysia dijemput untuk memandu uji MG4, MG ZS EV, serta model-model lain di Bilik Pameran Pengedar Sah MG Motor yang terdekat. Untuk maklumat lanjut, layari mgmalaysia.com atau hubungi MG Careline di 1800-28-3636.