Piston.my

JPJ Panggil Balik 3,722 Kenderaan Termasuk Perodua Alza dan Aruz

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah panggil balik sejumlah 3,722 kenderaan, termasuk model kereta Perodua Alza dan Aruz, serta motosikal Honda CB350RS, akibat isu spesifikasi keselamatan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, 2,518 model Perodua Alza (1500 X CVT, 1500 H CVT, dan 1500 AV CVT) dan 1,139 model Perodua Aruz (1500 X dan 1500 AV) terlibat kerana ketinggian lampu hadapan yang tidak memenuhi piawaian peraturan. Sementara itu, 65 unit motosikal Honda CB350RS ditarik balik akibat masalah sensor kelajuan roda yang menjejaskan ketepatan Sistem Brek Anti-Lock (ABS), kawalan cengkaman, dan meter kelajuan.

Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Boon Siew Honda Sdn Bhd akan menanggung semua kos penggantian komponen yang terlibat. Pemilik yang terjejas disarankan segera menjadualkan pemeriksaan kenderaan mereka. Mereka boleh menunggu panggilan daripada pihak pengeluar atau terus ke pusat servis berdekatan.

Untuk maklumat lanjut:

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan