Mini Day Malaysia, sebuah acara yang dinanti-nantikan anjuran Mini Pattern Group; kelab pemilik Mini yang dianggotai oleh barisan ahli yang sungguh bersemangat, menghimpunkan pemilik dan peminat Mini untuk menikmati hujung minggu yang menyeronokkan di Resorts World Awana Open Carpark di Genting Highlands. Diadakan pada hujung minggu lalu, acara ini mencatatkan rekod himpunan terbesar Mini di Malaysia menerusi penyertaan 513 buah Mini setakat 11:30AM pada 27 Oktober yang akhirnya mencapai 543 buah Mini pada hujung acara, menzahirkan semangat Big Love dalam komuniti Mini.
Festival ini bermula pada 26 Oktober dengan acara makan malam sempena meraikan ulang tahun ke-10 Mini Pattern Group serta perjalanan luar biasa komuniti Mini selama ini, diikuti dengan perhimpunan yang sungguh meriah pada keesokan harinya, yang mana para peserta mengubah lokasi acara menjadi sebuah kawasan festival yang dipenuhi Mini. Menghangatkan lagi acara adalah sesi pandu uji Mini. Melalui kerjasama bersama Millennium Welt, peserta berpeluang untuk merasai sendiri kelincahan dan pemanduan go-kart yang merupakan ciri utama model elektrik Mini terkini, termasuk Mini Cooper 3-Pintu, Mini Countryman serta Mini Aceman baharu.
Sambutan Malaysia Mini Day juga diserikan dengan pertandingan antara Miniacs untuk Mini Moden terbaik, Mini Klasik terbaik serta Penutup Injap terbaik; iaitu peluang yang menyeronokkan dan interaktif buat peserta untuk menyerlahkan transformasi paling kreatif mereka dalam menjadikan penutup minyak enjin kepada model kereta Mini.
Jualan But Kereta juga menjadi kegemaran ramai, yang mana pemilik Mini menonjolkan kenderaan kesayangan mereka dan mempamerkan pelbagai jenis makanan, barangan koleksi, dan kraftangan untuk dijual. Acara ini diakhiri dengan suasana yang mencerminkan persahabatan dalam komuniti Mini, sekaligus menandakan hari yang berjaya untuk semua peserta.