Kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, telah menempuhi jarak yang sangat mengagumkan iaitu sejauh 1,147km melalui negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia dalam fasa ketiga Jelajah Proton e.MAS 7 ini. Jarak perjalanan ke selatan sejauh 894km dan ke utara sejauh 1,183km telah berjaya ditempuh dengan jumlah keseluruhan jarak yang dicatatkan dalam pengembaraan EV pertama ini melebihi 3,200km.
Pengembaraan kenderaan elektrik dari PRO-NET, anak syarikat Proton, telah membawa EV pertama ini dengan lebih dekat kepada rakyat Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada fasa ujian dalam memastikan Proton e.MAS 7 berfungsi dengan sempurna dalam pasaran Malaysia. Jurutera pakar Proton telah bekerja keras bagi memastikan ketahanan dan kebolehpercayaan pek Bateri Aegis Short Blade yang dapat menggerakkan Sistem Pemanduan 12-dalam-1. Selain itu, perisian canggih yang dibina dalam e.MAS 7 juga telah menjalani ujian intensif bagi memastikan integrasi dan fungsi dalam keadaan yang optimum.
Menempuhi Pengembaraan ke Utara
Sebelum fasa seterusnya bermula, siri kedua Jelajah e.MAS 7 dengan konvoi menuju ke lebuh raya Utara Semenanjung Malaysia telah mempamerkan prestasi model ini dengan brek regeneratif dan kuasa 160kW. Bagi perhentian pertama di Ipoh, jelajah tersebut telah menarik perhatian dan mengagumkan orang ramai semasa lawatan ke pusat pengedaran Proton e.MAS.
Pengembaraan ini diteruskan menuju ke Pulau Pinang dimana Proton e.MAS 7 telah singgah di beberapa lokasi makanan popular, tempat menarik, dan pusat pengedaran Proton e.MAS di sekitar Pulau Pinang. Seperti di lokasi sebelum ini, orang awam yang menghadiri sesi interaksi tersebut juga tertarik dengan prestasi kenderaan, ciri keselamatan yang canggih, keluasan ruang yang mencukupi, dan reka bentuk moden yang mengagumkan.
Seterusnya, pengembaraan ini diteruskan ke negeri Perlis dimana kenderaan ini sempat untuk melawat ke pusat pengedaran Proton e.MAS di Sungai Petani, Kedah. Di sini, Proton e.MAS 7 menarik perhatian penduduk tempatan yang teruja untuk mendapatkan perkongsian ilmu mengenai EV yang akan dilancarkan pada bulan Disember akan datang.
Penjelajahan Menuju ke Pantai Timur
Bagi pengembaraan ke Pantai Timur, SUV elektrik C-segmen Proton berjaya menempuh jarak 1,147km melalui Pahang, Terengganu, dan Kelantan dengan mudah. Dengan ciri keselesaan premium seperti tempat duduk depan yang mempunyai sistem pengudaraan dengan kemampuan sepenuhnya untuk direbahkan, tempat duduk belakang dengan pelarasan 2 langkah, 33 tempat penyimpanan, dan sistem pencahayaan ambien 256 warna dapat mencipta suasana pemanduan dengan lebih selesa.
Perjalanan konvoi ke Kelantan pula sempat untuk mengunjungi kawasan pemandangan indah di Kuala Terengganu termasuk Jambatan Angkat dan Pasar Payang, di mana maklum balas positif daripada komuniti setempat menunjukkan sokongan yang kuat dan rasa bangga mereka terhadap EV pertama Malaysia. Lawatan ke pengedar di ketiga-tiga negeri itu juga menunjukkan ciri keselesaan dan kecekapan pintar yang terbaik dalam kelasnya, menekankan kepentingan menetapkan piawaian baharu dalam pasaran EV.
“Jelajah e.MAS 7 berjaya menunjukkan bukan sahaja keupayaan prestasi kawalan dan keselesaan pemanduan luar biasa bagi Proton e.MAS 7, tetapi juga mempamerkan masa depan mobiliti lestari kepada pelbagai komuniti yang bersama-sama menyambut EV pertama Nasional Malaysia. Hal ini dapat mengukuhkan komitmen PRO-NET untuk membantu Proton menerajui inovasi dan memupuk ekosistem EV tempatan,” kata Zhang Qiang, CEO PRO-NET.
11 Pengedar Pusat Utama Mengadakan Pratonton Eksklusif
Jelajah Proton e.MAS 7 kini telah melepasi tahap pertengahan dalam perjalanan EV ke seluruh negara. Fasa keempat jelajah ini akan memfokuskan kepada negeri-negeri di kawasan Lembah Kelang, termasuk Selangor dan Kuala Lumpur, dengan mengunjungi lokasi-lokasi ikonik dan 11 pusat pengedaran Proton e.MAS yang akan menjadi tuan rumah bagi EV pertama Proton. Jelajah ini akan berlangsung serentak dengan Auto Car Expo (ACE) 2024 pada 26 dan 27 Oktober di Setia City Convention Centre (SCCC) – Dewan 1 & 2.
Jelajah Proton e.MAS 7 akan membuat penampilan di pusat pengedaran di Lembah Klang pada tarikh-tarikh berikut:
25 Oktober 2024
- 9.00am – Jaya Johan (Seri Kembangan)
- 11.00am – Jawira (Cheras/Balakong)
- 3.00pm – Pro Auto (Kajang)
- 5.00pm – Aapico (Cheras)
26 Oktober 2024
- 11.00am – Cahaya Auto (Segambut Tengah)
- 3.00pm – MC Motor (Jalan Pahang, KL)
- 5.00pm – MBF Auto (Jalan Tun Razak, KL)
27 Oktober 2024
- 9.00am – SG Car (IDSS, Shah Alam)
- 11.00am – EON Glenmarie (Shah Alam)
- 3.00pm – Regal Motor (Petaling Jaya)
- 5.00pm – Atiara Johan (Jln Kenari 1,Puchong)