Piston.my

MG Cyberster Kini Dibuka Untuk Tempahan Dengan Debut Awam Di Auto Car Expo 2024

SAIC Motor Malaysia mengumumkan bahawa tempahan kini dibuka untuk MG Cyberster, roadster elektrik pertama bagi jenama MG, dengan anggaran harga di bawah RM350,000. Cyberster menampilkan pintu gunting ikonik dan akan membuat penampilan umum di Auto Car Expo (ACE) 2024.

Roadster 2 Tempat Duduk Penuh Gaya dan Ikonik

MG Cyberster hadir dalam satu varian dengan prestasi hebat – 503PS dan tork maksimum 725Nm hasil pacuan semua roda (4WD) dengan dua motor. Dibekalkan dengan bateri 77 kWh, Cyberster mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 3.2 saat dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 446km (WLTP).

Pengecasan juga mudah dan cepat. Pengecas AC 7 kW mengambil kira-kira 10.5 jam untuk cas penuh dari 10% hingga 100%. Dengan pengecas awam pantas 150 kW DC, pelanggan boleh cas dari 10% hingga 80% dalam hanya 38 minit.

Dari segi reka bentuk, MG Cyberster tampil dengan siluet rendah dan lebar serta bumbung lembut yang boleh dibuka. Pintu gunting elektrik tanpa bingkai bukan sahaja memudahkan akses tetapi juga menambah gaya. Roadster ini dilengkapi roda aloi Jetstream 20-inci, angkup brek merah yang menonjol dan lampu depan LED automatik dengan DRL untuk penglihatan lebih jelas.

Bahagian dalam Cyberster menampilkan pakej dalaman sporty dengan tempat duduk sukan kulit yang dihiasi sisipan Alcantara dan stereng berbalut kulit Nappa untuk keselesaan dan gaya. Sistem infotainmennya dilengkapi skrin sentuh pusat 7-inci, paparan pemacu 10.25 inci dan dua skrin tambahan – inci di kiri dan kanan. Untuk pengalaman audio yang mantap, ia hadir dengan sistem bunyi Bose 8 pembesar suara.

Keselamatan jadi keutamaan dengan roadster ini, dilengkapi sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) di bawah jenama MG Pilot. Antara ciri utama termasuk Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan basikal, Adaptive Cruise Control (ACC), Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), serta Amaran dan Bantuan Lorong (LDW & LKA). Ia juga hadir dengan Blind Spot Detection (BSD), Lane Change Assist (LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Intelligent High Beam Assist – memastikan anda memandu dengan tenang dan selamat setiap masa.

Pilihan Warna Menarik

MG Cyberster boleh didapati dalam empat warna menarik: Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White. Pilihan Dynamic Red dan Camden Grey mempunyai bahagian dalam hitam dan merah, sementara Inca Yellow dan English White dilengkapi dengan bahagian dalam kelabu. Semua model datang dengan tudung hitam yang anggun untuk penampilan yang lebih stylish.

Pandu Uji Awam Kini Tersedia untuk Model MG

Pengunjung ACE 2024 boleh memandu uji model-model seperti MG HS SUV, MG5 Sedan, MG4 EV, dan MG ZS EV SUV. Model-model ini menawarkan kombinasi prestasi, keselesaan, dan teknologi canggih yang sesuai untuk semua, menunjukkan kehebatan pemanduan dalam barisan kereta MG yang semakin berkembang.

MG HS dan MG Cyberster boleh ditempah awal dengan anggaran harga bagi MG Cyberster akan turut diumumkan. Pengunjung juga berpeluang berbincang dengan pakar SAIC Motor Malaysia mengenai inisiatif syarikat dalam menerajui masa depan mobiliti yang lebih mesra alam.

Auto Car Expo (ACE) 2024 akan diadakan pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Setia City. SAIC Motor Malaysia berharap dapat menyambut orang ramai di acara penting ini, menunjukkan komitmennya untuk membentuk masa depan mobiliti di Malaysia.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan