Piston.my

Jaecoo J7 PHEV Bakal Tiba Di Malaysia

Jaecoo J7 PHEV akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada akhir tahun ini, dengan penampilan luar seperti varian J7 yang dipacu minyak petrol. Selain daripada sistem keselamatan dan tahap keselesaan pengguna sebanding yang disediakan, perbezaan nyata yang dimiliki oleh J7 PHEV termasuk enjin hibrid dan jarak perjalanan tiada tandingan, keupayaan pengecasan DC dan output luaran, membolehkan pengguna mengecas dan membekalkan kuasa bagi peralatan elektronik seperti projektor, cerek atau pengering rambut, khususnya bagi aktiviti luar. 

Jaecoo J7 PHEV boleh didapati dalam dua varian dengan anggaran harga antara RM170,000 hingga RM180,000. Varian Pacuan Semua Roda (AWD) menawarkan tujuh mod pemanduan iaitu Ekonomi, Standard, Sukan, Pasir, Lumpur, Salji, atau Lasak. Sementara itu, varian Pacuan Dua Roda (2WD) menawarkan tiga mod pemanduan, iaitu Standard, Sukan, dan Ekonomi. Sistem PHEV dipacu oleh bateri 18.3kW dan tangki minyak 60 liter yang mampu menghasilkan tork 525Nm. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan Pengecas Arus Terus (DC) yang menyokong kuasa sehingga 40kW. 

“Para peminat boleh membuat pilihan warna, gaya rim dan penambahbaikan ruang dalam, yang memberikan sentuhan keperibadian bagi Jaecoo J7 PHEV, sambil menepati prinsip asas jenama, ‘From Classic, Beyond Classic’. Pendaftaran minat membeli Jaecoo J7 PHEV akan bermula di acara pratonton pada Oktober sebelum kenderaan dilancarkan secara rasminya pada akhir tahun ini. Kami juga menjangka akan mula menyerahkan J7 PHEV kepada pembeli bermula Februari 2025,” jelas Lek.  

Acara pratonton Jaecoo J7 PHEV akan bermula pada hari Rabu, 23 Oktober sehingga Ahad, 27 Oktober di Sunway Pyramid (LG2 Orange Wing – di sebelah dataran Orange). Untuk butiran lanjut, sila layari www.Jaecoo.com.my dan dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti platform media sosial Jaecoo Malaysia. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan