smart Malaysia membawakan kepada anda smart Tour Brand Roadshow ke Sunway Pyramid, berlangsung dari 16 hingga 20 Oktober 2024. smart Tour ini adalah sebahagian daripada inisiatif jelajah seluruh negara untuk mempamerkan kenderaan elektrik smart #1 dan smart #3 yang memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri kemajuan terkini dalam mobiliti elektrik.
Sepanjang jelajah ini berlangsung, para pengunjung berpeluang untuk menerokai ciri-ciri canggih model EV terbaru smart. Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan aplikasi Hello smart yang dapat membantu pemandu mencari stesen pengecasan yang berdekatan dan meningkatkan pengalaman mereka dengan kenderaan EV.
smart Malaysia menyediakan pandu uji eksklusif bagi model smart #1 dan smart #3. Peluang ini membolehkan para pengunjung merasai prestasi pemanduan kereta elektrik, kawalan yang lancar, serta inovasi teknologi canggih yang menjadikan kenderaan ini sebagai peneraju dalam pasaran kenderaan elektrik. Dengan smart #3 BRABUS, anda dapat merasai lonjakan kuasa dengan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa mendebarkan 3.7 saat melalui Mod Rocket Launch, manakala smart #1 BRABUS pula mencatatkan pecutan 3.9 saat. Pengunjung juga boleh merasai keupayaan smart #3 BRABUS dengan talaan suspensi yang hebat dengan nisbah berat 50:50.
smart Malaysia juga memperkenalkan kempen menarik WATT-A-Deal, yang menawarkan penjimatan sehingga RM34,000 untuk smart #1 dan sehingga RM15,000 untuk smart #3. Tawaran eksklusif ini tersedia untuk masa dan stok yang sangat terhad.
Peraduan ‘WATT’s Your Next Destination with smart’ juga dibuka kepada semua untuk memenangi kredit TNG e-Wallet sebanyak RM50 dengan berkongsi destinasi perjalanan impian mereka di Facebook atau Instagram.
Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai pengalaman bersama mobiliti elektrik. Kunjungi Sunway Pyramid antara 16 hingga 20 Oktober 2024 untuk menerokai teknologi EV terkini, pandu uji kereta smart, dan rebut peluang dengan tawaran eksklusif sepanjang jelajah ini.