Rakyat Malaysia bakal melihat Proton e.MAS 7 beraksi buat kali pertamanya sebagai model sulung EV daripada pengeluar kereta nasional Proton. e.MAS 7 akan memulakan perjalanannya merentasi semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak dengan jarak melebihi 2,000 km. Pengembaraan epik ini akan meliputi semua negeri di Malaysia bermula pada 5 Oktober dan ia bukan sahaja mempamerkan kehebatan EV tersebut tetapi juga Semangat Malaysia dalam kecemerlangan kejuruteraannya.
Proton e.MAS 7 kini berada di dalam fasa akhir ujian dimana unit percubaan ini terus diuji dengan teliti bagi menyesuaikannya dengan keperluan pengguna Malaysia. Jelajah e.MAS 7 dibina atas kejayaan “Long Test Drive” Geely E5 dari China ke Malaysia bagi membuktikan ketahanan dan kebolehpercayaan teknologi tersebut walaupun menghadapi cuaca buruk. Seterusnya, e.MAS 7 akan merentasi jalan raya di Malaysia sambil menikmati kepelbagaian makanan tempatan yang terkenal, bermula dari Negeri Sembilan dan berakhir di Sarawak pada 29 November.
Fasa pertama Jelajah e.MAS 7 membawa kenderaan EV ini menuju ke arah selatan melalui Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Jelajah ini disertai dengan persinggahan di stesen pengecasan dan tempat makan popular di mana orang ramai berpeluang melihat dan berinteraksi dengan e.MAS 7.
Jelajah e.MAS 7 ini menandakan bermulanya babak baharu bagi pengeluar kereta nasional dimana ia dapat mempamerkan reka bentuk menarik EV sulungnya kepada orang ramai. Di sebalik luaran yang bercorak dengan menggunakan pelekat pembalut kereta dan rekaan moden yang menampilkan lampu belakang LED penuh serta pemegang pintu tersembunyi, ini dapat mengukuhkan lagi reka bentuk canggih global dan pemikiran daripada Proton.
Dengan merentasi jalan raya Malaysia dengan pelbagai keadaan cuaca, Jelajah e.MAS 7 ini akan mendapat peluang untuk mempamerkan kualiti kenderaan, kebolehpercayaan, dan ketahanan teknologi terunggul yang terdapat pada EV pertama negara. Terbentuk melalui kerjasama dengan Geely, hal ini menggambarkan kebolehan dan kemampuan yang boleh dicapai dari bakat kejuruteraan Proton dan rakan kongsinya.
“Jelajah e.MAS 7 adalah permulaan kepada perjalanan yang menarik bagi jenama ini kerana ia membawa reka bentuk yang gah dan unggul model EV pertama kami kepada orang ramai sambil menekankan kemajuan teknologi dan inovasi yang telah kami capai. Saya yakin pasukan jurutera kami akan mempercepatkan penyesuaian Proton e.MAS 7 dengan keadaan unik di Malaysia sambil menekankan komitmen PRO-NET dalam membina dan mengembangkan ekosistem EV tempatan,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif, PRO-NET.
Untuk memikat penonton di setiap persinggahan jelajah dan menarik penyertaan, Jelajah Proton e.MAS 7 akan menampilkan seorang pengacara bergerak. Di setiap negeri, seorang ‘public figure’ akan menyertai jelajah untuk berinteraksi dengan rakyat di lokasi makanan popular bagi mengeratkan hubungan dengan EV nasional pertama ini. Di setiap fasa Jelajah Proton e.MAS 7 ini, e.MAS 7 akan mengunjungi pusat Pengedar Proton e.MAS yang disertai oleh ‘digital content creator’ yang akan bekerjasama dengan pengacara untuk berinteraksi dengan orang ramai melalui pelbagai aktiviti.
Persinggahan Akan Datang Jelajah Proton e.MAS 7
Fasa pertama Jelajah e.MAS 7 bermula dari Proton COE di Shah Alam dan akan menuju ke Negeri Sembilan. Proton e.MAS 7 akan melawat negeri anda pada tarikh berikut:
5 Oktober 2024 – Negeri Sembilan dan Melaka
6 Oktober 2024 – Melaka dan Johor
7 Oktober 2024 – Johor