Regas Premium Auto, pengedar sah 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti, dan Sistem) utama di Sarawak, hari ini membuka pintu kepada bilik pameran Retail.NEXT yang baru diperbaharui di Kuching, dengan kemudahan dan perkhidmatan yang ditingkatkan untuk jenama BMW, MINI, BMW Motorrad, dan BMW Premium Selection (BPS), untuk memperkayakan lagi Pengalaman Pemilikan Premium bagi pelanggan di Malaysia Timur.
Pelanggan juga boleh menantikan kafe bergaya dengan ruang santai premium, Sudut Warisan yang menampilkan BMW 700 Coupé, dan banyak lagi.
Pusat pameran Retail.NEXT seluas 5,670 meter persegi (mp) ini kekal di lokasi asalnya di No. 8, Jalan Tun Jugah, Kuching. Regas Premium Auto Kuching menyambut kehadiran pelanggan dengan ruang pameran yang dipertingkatkan, menampilkan bar dan ruang menunggu BMW untuk pemilik bersantai sementara kenderaan mereka diservis, semuanya dalam ruang dalaman yang baharu dengan rekaan mewah, dilengkapi perabot moden dengan pencahayaan elegan, dan dihiasi tekstur serta fabrik kontemporari. Menambahkan daya tarikannya, ruang pameran ini tampak gah dengan kehadiran sudut warisan BMW yang menarik pengunjung dan peminat untuk mengagumi model klasik abadi BMW 700 Coupé yang dipamerkan.
Dengan pasukan seramai 76 kakitangan berdedikasi yang sedia berkhidmat, Regas Premium Auto Kuching memastikan pengalaman yang lancar di pusat pengedaran tersebut. Kemudahan asas seperti Ruang Menunggu Pelanggan, Ruang Serahan, Gaya Hidup dan Cenderamata BMW, Alat Ganti BMW, Sambutan di Kereta (RATC), dan Ruang Grand Klasse (GKL) disediakan dengan teliti untuk keselesaan pelanggan.
Selain itu, kawasan parkir pelanggan dilengkapi dengan kemudahan pengecas arus ulang-alik (AC) dan arus terus (DC), sekaligus menegaskan komitmen pengeluar kenderaan premium itu dan pengedarnya untuk meningkatkan akses terhadap infrastruktur pengecas di rantau ini. Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 1,700 kemudahan pengecas di seluruh negara, yang dikuasakan oleh kerjasama utama bersama penyedia pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan yang berkongsi matlamat yang sama terhadap mobiliti elektrik di Malaysia.
Ruang pameran Regas Premium Auto Kuching beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang dari Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 3:00 petang pada hari Sabtu, dan 10:00 pagi hingga 2:00 petang pada hari Ahad dan cuti umum. Manakala bengkel beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang dari Isnin hingga Sabtu dan tutup pada hari Ahad serta cuti umum.