smart Malaysia membawakan kepada anda smart Tour Brand Roadshow ke wilayah Selatan, bertempat di Midvalley Southkey Mall, Johor Bahru. smart Tour ini merupakan inisiatif smart di seluruh negara untuk mempamerkan inovasi smart #1 dan #3, memberikan pandangan lebih dekat tentang masa depan mobiliti elektrik. Para pengunjung berpeluang menerokai ciri-ciri utama seperti fungsi V2L (Vehicle-to-Load) dan berinteraksi dengan aplikasi Hello smart secara langsung untuk membantu mengenal pasti lokasi pengecasan yang terdekat.
Peminat kenderaan elektrik yang berada di Johor Bahru dijemput untuk merasai prestasi dan teknologi canggih daripada model smart #1 dan #3. Manfaatkan tawaran eksklusif BRABUS Fever termasuk penjimatan sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS. Selain itu, para pengunjung juga boleh pandu uji dan merasai kehebatan luar biasa EV terbaru smart.
Bermula dari 19 sehingga 22 September 2024, datanglah beramai-ramai ke Midvalley Southkey dan terokai dunia EV. Pakar penjualan kami yang berdedikasi serta pengedar sah yang diwakili oleh smart Johor Bahru (Motor Future), smart Johor 2 (AG Autoworld EV), smart Melaka (Sigma Energy EV), smart Ipoh (GB Auto), smart Damansara (Smart Mobility), dan smart Setia Alam (Wheelcorp EV) sedia membantu anda. Mereka bersedia untuk menjawab semua pertanyaan dan bantuan kepada mereka yang berminat untuk beralih kepada mobiliti elektrik.
Ini masanya untuk anda merasai sendiri teknologi EV terkini, bertanya dengan pakar, dan jangan lepaskan peluang dengan tawaran istimewa yang disediakan sepanjang program ini. Untuk maklumat lanjut atau berhubung dengan pengedar sah, layari https://my.smart.com/#/.