Piston.my

Hennessey Venom F5-M Roadster: 1,817hp dan Transmisi Manual Enam Kelajuan

Hennessey Venom F5 Roadster terbaharu, yang digelar F5-M, kini memperkenalkan transmisi manual enam kelajuan, satu ciri unik yang memerlukan perubahan besar pada rekaan dalaman dan aerodinamik. Untuk menyesuaikan kotak gear baharu ini, Hennessey mengubah suai konsol tengahnya, menggantikan ventilasi udara menegak dengan versi mendatar, serta mereka semula kawalan penyaman udara untuk memberikan lebih ruang dan keselesaan.

F5-M juga menampilkan suis togol baharu yang diilhamkan daripada jet pejuang, yang diletakkan berhampiran tuas gear aluminium dan gentian karbon untuk mengawal tingkap. Reka bentuk luaran pula menambah ‘dorsal fin‘ sepanjang 55.0 inci yang merentang dari bumbung ke bahagian belakang, bertujuan untuk meningkatkan aerodinamik.

Setiap F5-M boleh disesuaikan sepenuhnya, dengan pelanggan berpeluang memilih livery dan warna eksklusif, termasuk serlahan gentian karbon terdedah pada bahagian tulang belakang kenderaan. Warna yang dipilih oleh pelanggan kemudian dikeluarkan dari konfigurator Hennessey, memastikan setiap model kekal unik dan eksklusif.

Walaupun dengan perubahan ini, F5-M masih mengekalkan enjin “Fury” V-8 berkembar pengecas turbo 6.6 liter, menghasilkan 1,817hp yang luar biasa. Kereta ini mampu mencapai kelajuan dari 0 hingga 100km/j dalam 3.3 saat, dengan kelajuan tertinggi mencecah 500km/j.

Namun, kesemua 12 unit F5-M Roadster, yang dijual pada harga $2.65 juta setiap satu, telah habis dijual. F5-M ini merupakan sebahagian daripada koleksi terhad 30 binaan Venom F5 Roadsters yang sangat eksklusif.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan