Piston.my

Jelajah smart Tour Menuju ke Pulau Pinang dengan smart #1 dan #3

smart Malaysia mengumumkan Jelajah smart Tour ke Pulau Pinang, meneruskan perjalanan smart di seluruh negara untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3. Jelajah ini diadakan untuk mendekatkan anda dengan EV inovatif daripada smart dengan demonstrasi langsung yang mempamerkan ciri-ciri utama seperti keupayaan V2L dan aplikasi Hello smart.

smart Malaysia menjemput peminat kenderaan elektrik di Pulau Pinang untuk bersama-sama dan merasai prestasi smart #1 dan #3. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran ekslusif smart Fest kami, dengan penjimatan sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS. Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan tips yang bermanfaat daripada pakar smart sekaligus tidak melepaskan peluang untuk pandu uji smart.

Jika anda mengidamkan char kuey teow, anda pasti tahu gerai mana yang patut anda dikunjungi, tetapi jika anda sedang dalam mood untuk sesuatu yang berprestasi tinggi, datanglah ke Gurney Plaza antara 4 hingga 8 September 2024 ini. smart mempunyai model terbarunya iaitu smart #1 dan #3 yang sedia untuk anda terokai dan merasai sentuhan inovasinya. Kepada seluruh warga Pulau Pinang, smart menantikan kedatangan anda! Untuk maklumat lanjut atau ingin berhubung dengan pengedar sah smart, sila layari https://my.smart.com/#/.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan