Peugeot Malaysia telah mengumumkan pembukaan rasmi Peugeot Subang Jaya yang dikendalikan oleh Allure Auto Sdn Bhd, terletak di tengah-tengah Taipan USJ. Ini merupakan pelancaran cawangan pertama di bawah Stellantis Malaysia, yang kini menjadi entiti rasmi yang bertanggungjawab dalam pengedaran, pemasaran, jualan, dan selepas jualan untuk Peugeot di Malaysia.
Bermula sebagai pusat 1S yang fokus pada jualan, Allure Auto telah merancang untuk menambah baik perkhidmatannya dengan memperkenalkan pusat servis 2S yang didedikasikan untuk servis dan pembaikan. Kemudahan 2S yang baharu ini, yang terletak tidak jauh dari showroom di USJ 1, kini telah mencapai 70% tahap siap dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang akhir suku ketiga 2024. Pusat servis ini mempunyai keluasan 5,800 kaki persegi dan akan menampilkan lapan ruang servis serta kemudahan pembaikan badan dan cat.
Showroom Subang Jaya ini menampilkan empat ruang pameran kenderaan dan satu ruang khas untuk penyerahan kenderaan. Direka selaras dengan identiti korporat terkini Peugeot, ia juga dilengkapi dengan alat konfigurasi 3D untuk pengalaman pembelian yang interaktif dan diperibadikan. Konsultan jualan terlatih dari Stellantis Malaysia akan berada di sini untuk membimbing pelanggan sepanjang proses pembelian.
Sementara menunggu pembukaan penuh, Allure Auto akan bekerjasama rapat dengan pengedar Peugeot berdekatan untuk menangani sebarang isu teknikal, memastikan pelanggan menerima sokongan yang diperlukan untuk kenderaan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari www.peugeot.com.my atau ikuti saluran media sosial Peugeot Malaysia untuk kemas kini.