Piston.my

GWM Haval H6 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan!

Kenderaan SUV elektrik hibrid yang dinantikan, GWM HAVAL H6 HEV, kini secara rasmi dibuka untuk tempahan. GWM Malaysia bakal memperkenalkan varian Ultra dengan ciri-ciri premium untuk pasaran tempatan, di mana harganya dianggarkan kurang daripada RM145,000 (OTR) tanpa insurans. Model baharu ini akan memberikan pilihan yang mewah dalam kategori SUV segmen-C untuk pengguna di Malaysia.

Pelbagai ganjaran eksklusif menanti pelanggan yang membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi, termasuk:
– Rebat eksklusif bernilai RM3,000 dengan yuran tempahan RM1,000*
– Waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km** (mana-mana yang terdahulu)
– Waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km** (mana-mana yang terdahulu), termasuk ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), Bateri Voltan Tinggi, Kabel, dan Unit Kawalan Transmisi.
**Terhad kepada pemilik pertama dengan pendaftaran persendirian sahaja.

Dikenali sebagai ‘Jenama SUV Terlaris di China’ selama 12 tahun berturut-turut, SUV keluarga bersaiz sederhana ini mencatatkan jualan global melebihi empat juta unit.

GWM HAVAL H6 HEV dikuasakan oleh teknologi DHT terkini yang menggabungkan kuasa petrol dan elektrik untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan efisien. Kenderaan ini juga menawarkan penjimatan bahan api yang sangat baik, menjadikannya pilihan mesra alam berbanding kenderaan konvensional. Sebagai ‘Global Smart Hybrid SUV’, ia ideal untuk kegunaan keluarga dengan ruang kaki belakang yang luas, but besar, dan tempat duduk berventilasi yang memastikan keselesaan maksimum kepada pemandu dan penumpang hadapan. Ia turut dilengkapi dengan sistem L2 ADAS yang meningkatkan keselamatan dan mutu pemanduan.

Sebagai kenderaan pemasangan tempatan (CKD) pertama daripada GWM Malaysia, SUV ini dijangka menjadi pilihan utama bagi pengguna keluarga di Malaysia. GWM HAVAL H6 HEV kini boleh didapati di bilik pameran GWM di seluruh negara.

Sepanjang bulan September, GWM Malaysia akan mengadakan lima acara ‘roadshow’ di pusat beli-belah terpilih di seluruh negara untuk memperkenalkan GWM HAVAL H6 HEV.

Minat? Anda boleh melihat GWM Haval H6 HEV ni di lokasi dibawah:

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan