Piston.my

Proton e.MAS 7 Diberi Penampilan Awam Di Perarakan Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 akan disambut pada 31 Ogos tahun ini, dan untuk menambah makna istimewa kepada acara tersebut, Proton e.MAS 7 akan membuat penampilan awam pertamanya.

Model EV pertama jenama automotif nasional telah dipratonton kepada media pada 2 Ogos, untuk memulakan perjalanan yang akan memuncak dalam pelancaran pasarannya pada penghujung tahun dan kini, ia akan muncul dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang, sebagai sebahagian  daripada kontinjen 25 kereta yang menampilkan pelbagai model Proton. 

Proton, yang kini berumur 41 tahun, merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan kisah  perindustrian ekonomi negara. Perarakan Hari Kebangsaan adalah peluang keemasan untuk syarikat  mempamerkan kemajuan yang telah dicapai sepanjang empat dekad. Barisan 25 kereta syarikat akan  merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang telah dilancarkan  hanya dua minggu lalu. 

Selain penampilannya di perarakan, aktiviti pengujian dan penyesuaian iklim untuk Proton e.MAS 7 telah  semakin giat dijalankan selepas debut medianya. Kereta ujian yang disamarkan sering kali dilihat oleh orang ramai  kerana program pengujian ketahanan, pengecasan, pemanduan, dan perisian terus dijalankan untuk memastikan  EV nasional pertama Malaysia memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan masa depannya. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan