Piston.my

Chery Malaysia Meraikan Pemenang Pingat Olimpik

Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa sebagai penghormatan atas persembahan cemerlang mereka di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini.

Bintang atlet badminton Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, yang bertanding dalam acara Beregu Lelaki, serta Lee Zii Jia, yang bertanding dalam acara Perseorangan Lelaki, masing-masing dianugerahkan dengan kereta SUV mewah berteknologi tinggi Chery Tiggo 7 Pro atas kemenangan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024. Lee Zii Jia tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana sedang bersaing dalam kejohanan di luar negara.

“Kami berasa amat bangga atas kemenangan Aaron, Wooi Yik dan Zii Jia dan kami ingin menghadiahkan setiap seorang dengan Chery Tiggo 7 Pro yang baru atas pencapaian luar biasa mereka di Sukan Olimpik Paris.”

“Kecekalan, ketabahan, dan kegigihan mereka sepanjang Sukan Olimpik benar-benar memberi inspirasi, dan kami berbangga untuk meraikan kejayaan mereka dengan kenderaan yang mencerminkan sifat-sifat ini,” kata Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia yang menyampaikan kenderaan tersebut kepada pemenang pingat gangsa bersama dengan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang turut hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

Yeoh mengucapkan terima kasih kepada Chery atas penajaan mereka dan kepercayaan terhadap atlet tempatan yang bertanding di Paris.

“Kami percaya bahawa sukan adalah alat penyatuan bagi Malaysia. Kami menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila mereka berjaya membawa pulang pingat. Apa yang membuatkan sumbangan Chery istimewa adalah mereka meraikan semua pemenang pingat,” kata Yeoh.

Chery Tiggo 7 Pro sesuai untuk atlet kerana menawarkan gabungan prestasi, keselesaan, dan teknologi canggih yang luar biasa.

Bagi atlet elit ini, yang menjalani gaya hidup aktif, Chery Tiggo 7 Pro menyediakan ruang yang luas, pengendalian dinamik, dan menpunyai ciri-ciri terkini, menjadikannya kenderaan yang ideal untuk menyokong rutin ketat mereka demi mencapai kejayaan di dalam dan di luar gelanggang. Selain itu, versatiliti dan reka bentuknya yang luas menjadikannya sama sesuai untuk kegunaan keluarga, menawarkan keselesaan dan sangat praktikal yang diperlukan untuk kehidupan seharian.

Chew berharap para pemain badminton akan menikmati pengalaman memandu Chery Tiggo 7 Pro mereka yang baru, sebuah SUV lima tempat duduk, dan bahawa ia akan menemani mereka melalui perjalanan yang penuh kenangan, dari perjalanan ke sesi latihan hinggalah saat-saat berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Chery Tiggo 7 Pro (bernilai RM123,800) dilengkapi dengan enjin Turbocharged Petrol Direct Injection 1.6L dengan 194HP dan 290Nm tork, dipadankan dengan Transmisi Dwi- Cekam 7-kelajuan (DCT) untuk prestasi yang lancar dan cekap, dengan penggunaan bahan api 7.0L/100km. Ia dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, bumbung panoramik dan sistem audio premium Sony.

Kemasukan Chery ke pasaran automotif Malaysia ditandai dengan komitmennya terhadap kecemerlangan, inovasi, dan sokongan masyarakat. Seiring dengan perkembangan jenama ini di seluruh negara, Chery berhasrat untuk terus menyokong sukan tempatan dan menyumbang kepada kejayaan negara di pentas global.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan