Piston.my

smart Malaysia Meluaskan Hab Berasaskan Komuniti Kedua di Johor Bahru

smart Malaysia mengumumkan pembukaan pusat pengedar kenderaan kedua di Johor Bahru bagi meningkatkan akses kepada kenderaan elektrik (EV) di wilayah selatan yang kini sedang pesat membangun. AG Autoworld (EV) telah dilantik untuk mengendalikan hab baru ini, menandakan langkah penting dalam misi smart untuk memupuk penglibatan komuniti dan mengembangkan pilihan pengangkutan lestari.

Ditubuhkan pada tahun 1999, AG Autoworld (EV) yang kini secara rasmi dikenali sebagai smart Johor Bahru 2, terletak di 17 & 18, Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru, Johor. Setelah membina reputasi yang kukuh selama beberapa dekad, AG Autoworld baru-baru ini merangkul pelbagai anugerah berprestij di bawah jenama PROTON pada Persidangan Pengedar Proton 2024 & Anugerah Pengiktirafan termasuklah Anugerah Emas, penghormatan tertinggi dalam Jumlah Jualan dan Prestasi B&P.

Pusat pengedar kenderaan ini di bawah Kumpulan Syarikat AG mencerminkan komitmen smart Malaysia dalam memenuhi minat yang semakin meningkat terhadap EV dan meluaskan jangkauan smart dalam komuniti. Berdedikasi pada kecemerlangan dan bersemangat mengenai kepuasan pelanggan, smart Johor Bahru 2 akan menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh yang direka khas kepada peminat EV moden pada hari ini.

Direka sebagai hab komuniti yang dinamik, pusat pengedaran ini akan menyediakan pengalaman yang lancar dan menyeluruh. Dari menerokai pelbagai pilihan smart yang menarik sehingga penjagaan selepas jualan yang terbaik, penasihat yang terlatih sedia membimbing dan membantu para pelanggannya. Hab ini juga mempamerkan barangan eksklusif jenama smart iaitu smartIdea. Dengan keluasan 230m², kemudahan ini meliputi ruang untuk tiga unit pameran dan juga ruang penghantaran. Bilik pameran ini dijadualkan untuk dibuka seawal suku keempat tahun ini.

Dengan pembukaan smart Johor Bahru 2, smart Malaysia kini mempunyai sejumlah 13 pengedar yang dilantik dengan 14 outlet, di mana 12 daripadanya telah beroperasi, termasuklah yang baru ini.

Senarai Hab Berasaskan Komuniti smart adalah seperti berikut:

Dealer Primary Name Dealer Company Name City Detailed address
smart Johor Bahru 2 AG Autoworld (EV) Sdn Bhd Johor Bahru 17,18 Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru, Johor. 
smart Balakong Hap Seng Smart Sdn. Bhd. Balakong No. 1, Jalan Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor
smart KL Hap Seng Smart Sdn. Bhd. Kuala Lumpur 2F-01, Menara Hap Seng 3, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
smart Damansara Smart Mobility Sdn. Bhd. Damansara Ground Floor, Menara TSR, No. 23, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
smart Ipoh GB Auto Sdn. Bhd. Ipoh No. 77, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan Kuala Kangsar), 30100 Ipoh, Perak
smart Penang Eleganz Lifestyle Sdn. Bhd. Georgetown No. 169, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang
smart Alor Setar Lee Motors (EV) Sdn. Bhd. Alor Setar 12-C, Jalan Istana Kuning, 05000 Alor Setar, Kedah
smart Melaka Sigma Energy EV Sdn. Bhd. Bachang Lot 5173, Jalan Tun Fatimah, Mukim Bachang, 75250, Melaka
smart Glenmarie EON Berhad Glenmarie EON Berhad HQ, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
smart Johor Bahru Motor Future Sdn. Bhd. Skudai No. 125, Batu 4 ½, Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Skudai, Johor
smart Setia Alam Wheelcorp EV Sdn. Bhd. Setia Alam No. 1, Jalan Setia Murni U13/AH, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan