Piston.my

Proton Saga Ikonik Menyambut Jualan Rekod Dalam Sedekad

Dalam tahun ke-39 pengeluaran berterusan, kereta pertama Malaysia yang  dihasilkan oleh pengeluar kereta nasional Proton, Proton Saga, mencatatkan jualan yang luar biasa sebanyak  7,855 unit pada bulan lalu. Ini menandakan pencapaian terbaik dalam sebulan untuk model tersebut sejak Oktober  2013. Secara keseluruhan, jualan sehingga kini (YTD) untuk model itu telah meningkat sebanyak 8.8% berbanding  tahun lalu kepada 42,693 unit, menetapkan asas untuk tahun jualan yang cemerlang di hadapan.  

Sejak Proton Saga pertama mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985, jualannya telah melepasi tanda 2 juta unit tahun  ini. Ini telah mengukuhkan statusnya sebagai model paling popular dari jenama automotif Malaysia. Hari ini, Saga  mengekalkan kedudukannya sebagai tonggak utama dalam rangkaian tawaran Proton. Model ini telah  membuktikan kebolehpercayaannya dan kemampuan harganya yang terus relevan serta memberi kesan yang  baik kepada sasaran pelanggan kami sepanjang tiga dekad ini.  

Sementara Proton Saga terus memenuhi permintaan pasaran, Proton sedang bekerja rapat dengan rakan  kongsi mereka, Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely), untuk meneroka aktiviti peningkatan model dari platform yang sedia ada. Usaha kerjasama antara kedua-duanya telah dijalankan selama bertahun-tahun dan terus  dipercepatkan selepas penubuhan pusat R&D Proton (China) pada bulan April tahun ini. Keupayaan untuk  mencipta, mereka bentuk, membangunkan, dan mengeluarkan kenderaan baru dari awal adalah unik bagi  Proton sebagai jenama nasional. Keupayaan ini kini telah diperkukuhkan dengan meningkatkan sinergi  kecekapan dalaman sedia ada Proton dengan sumber dan pengetahuan Geely.  

Peningkatan model-model tempatan Proton akan melibatkan penggunaan sumber bersama dengan Geely  untuk menyokong kerja yang diketuai oleh jurutera R&D Proton di Malaysia. Proton juga akan dapat  meningkatkan daya saingnya dengan memanfaatkan jejak global Geely.  

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia dan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat, Proton telah  melancarkan kempen “SAGA-MERDEKA MUDAH DIMILIKI” bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk  memiliki Proton Saga ikonik dengan insentif yang tiada tandingan dan tawaran eksklusif sepanjang bulan Ogos.  

Sepanjang tempoh sebulan itu, Proton menawarkan rebat tunai RM500 untuk pembelian mana-mana model  Proton Saga. Rebat ini tersedia untuk semua pelanggan dan menjadikan kenderaan ikonik ini lebih mampu milk.  Selain itu, pelanggan Maybank layak untuk rebat tambahan RM200 apabila pelanggan menunjukkan mesej  promosi daripada Maybank kepada mana-mana pengedar Proton yang mengambil bahagian.

Tawaran eksklusif  ini tersedia untuk tempahan secara walk-in yang dibuat pada hujung minggu 10 dan 17 Ogos. Proton Saga telah  melalui perjalanan yang panjang dalam memberi khidmat kepada negara dengan meningkatkan mobiliti. Di  Proton, kami teguh dengan komitmen kami untuk memajukan jualan Saga, terutamanya dengan promosi  terbaru kami yang diselaraskan dengan bulan Merdeka.

Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kami  untuk membawa Saga ke tahap yang lebih tinggi tetapi juga meraikan kebanggaan negara kita serta mengukuhkan Saga sebagai simbol inovasi dan ketahanan Malaysia,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai  Eksekutif, Proton Edar.  

Untuk maklumat lanjut, pelanggan disarankan untuk melawat bilik pameran Proton terdekat mereka untuk  mengetahui tawaran yang tersedia di bawah kempen “SAGA-MERDEKA MUDAH DIMILIKI.”

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan