Piston.my

smart Malaysia Mengadakan smart Tour Brand Roadshow di Bangsar Shopping Centre

smart Malaysia telah menambah satu lagi lokasi baru untuk smart Tour Brand Roadshow. Selepas kejayaan pelancaran smart #3 di Pavilion Bukit Jalil dan juga di Pusat Konvensyen Setia Alam (EVx), smart Malaysia mengumumkan smart Tour kali ini akan diadakan di Bangsar Shopping Centre dari 31 Julai hingga 4 Ogos 2024.

smart Tour Brand Roadshow ini adalah sebuah pameran kenderaan smart yang membawa kenderaan inovatif smart #1 dan #3 lebih dekat kepada bakal para pelanggan. Pameran ini akan menyediakan maklumat yang mendalam dan demonstrasi langsung mengenai ciri-ciri canggih kenderaan smart termasuk keupayaan V2L dan fungsi Aplikasi Hello smart.

smart Malaysia menjemput semua peminat kenderaan elektrik untuk melihat dan merasai sendiri kecanggihan smart #1 dan #3 Pro, Premium, dan Brabus. Ambil peluang keemasan ini dengan tawaran istimewa Brabus Fever dan nikmati ganjaran bernilai sehingga RM30,000 untuk smart #1 Brabus. Para pengunjung juga akan memperoleh maklumat berharga mengenai ekosistem smart daripada pakar penjual dan berpeluang untuk pandu uji kenderaan smart.

Berikut adalah jadual lokasi dan tarikh smart Tour Brand Roadshow:

Lokasi Tarikh
Bangsar Shopping Centre 31 Julai – 4 Ogos 2024
Ground Floor, Gurney Plaza, Penang 4 – 8 September 2024
Ground Floor, Mid Valley South Key, Johor Bahru 19 – 22 September 2024

Harga atas jalan tanpa insuran untuk smart #1 Pro, Premium, dan Brabus – termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah smart #1 Brabus RM249,000, smart #1 Premium RM209,000, dan smart #1 Pro pada harga RM169,000. Selain itu, harga untuk model smart #3 adalah smart #3 BRABUS RM255,000, smart #3 Premium RM215,000, dan smart #3 Pro pada harga RM175,000.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan