smart Malaysia mengumumkan pelancaran smartCO, sebuah program komuniti khusus kepada pemilik EV smart. Sebagai salah satu peneraju terawal dalam industri, smartCO bertujuan untuk membina komuniti yang kukuh di mana peluang perniagaan dapat bekembang dengan pesat dan keseluruhannya dapat diintegrasikan dengan lancar melalui Aplikasi Hello smart.
smartCO bukan hanya sekadar program, tetapi juga merupakan satu inisiatif yang mencerminkan semangat inovasi dan kerjasama bersama ahli komuniti smart. Inisiatif ini mengajak semua pemilik EV smart untuk bersama-sama mencipta sebuah komuniti yang dinamik dan dapat dimanfaatkan bersama. Sama ada anda seorang pengusaha restoran, jurugambar, penasihat undang-undang, atau penulis bebas, smartCO mengalu-alukan perniagaan dari pelbagai jenis pekerjaan.
“smartCO adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada para pelangan. smart bukan sahaja membina kereta; smart juga membina komuniti,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. “Dengan smartCO, kami memberikan pelanggan peluang yang tiada tandingan untuk mengembangkan perniagaan mereka sambil memupuk kesepaduan dalam kalangan pemilik smart. Kami yakin bahawa program ini akan meletakan satu penanda aras baru dalam industri.”
Berkenalan & Bertukar Pendapat
smartCO direka untuk memudahkan hubungan antara pemilik smart, membolehkan mereka berkenalan dan bertukar pendapat antara ahli program dalam komuniti melalui aplikasi Hello smart. Inisiatif ini menggalakkan pertukaran pengalaman dan pandangan yang ideal dalam menjadikan komuniti lebih sihat.
Peluang Perniagaan
Dengan menyertai smartCO, pemilik perniagaan mendapat pendedahan dan akses kepada rangkaian ahli program yang berpotensi daripada komuniti smart. Aplikasi Hello smart menyediakan platform untuk ahli program mempromosikan perniagaan mereka dalam meningkatkan sokongan dan peluang kolaborasi bersama
Nikmati Faedah yang Eksklusif
Ahli program smartCO akan menikmati faedah yang eksklusif di setiap program smart. Tambahan, ahli program smartCO juga ditawarkan diskaun khas dan pakej yang menarik kepada pemilik yang lain bagi mewujudkan ekosistem yang bermanfaat dan menguntungkan sesama ahli program. Faedah ini dapat meningkatkan pengalaman pemilikan dan mengukuhkan ikatan komuniti.
“smartCO bukan hanya sekadar program; ia adalah kenyataan yang berani akan keyakinan terhadap kuasa komuniti dan potensi transformasi teknologi kami. Kami bukan sahaja memimpin pasaran EV; kami sedang memperkuatkannya semula,” tambah Zhang Qiang.
Sertai smartCO hari ini dan jadi sebahagian daripada komuniti yang bercita-cita tinggi dan bersemangat seperti anda.