Piston.my

Jaecoo J7 Dilancarkan Secara Rasmi – FWD RM138,800, AWD RM148,800

Jaecoo Malaysia telah mengumumkan secara rasmi spesifikasi lengkap dan harga SUV J7 yang amat dinanti-nantikan, sekali gus mentakrifkan semula kemewahan mampu milik dalam pasaran automotif. Dijual pada harga bermula daripada RM138,800, jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) kegunaan lasak premium ini mendapat sambutan hebat daripada pasaran sebagai satu pelaburan yang bermakna berikutan usaha yang dilaksanakan selama beberapa bulan lepas untuk membina rangkaian kukuh meliputi 35 pusat pengedar, kilang pengeluaran terkhusus dan gudang alat ganti untuk menyokong pelanggan dalam jangka panjang.

Di majlis pelancaran tersebut, Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa versi Pacuan Semua Roda J7 (AWD) akan dijual pada harga kompetitif RM148,800, manakala pilihan dua roda ditawarkan pada harga RM138,800. Setiap unit SUV J7 tersedia dengan waranti tujuh tahun atau sehingga jarak perjalanan sejauh 150,000km.

Sempena pelancaran, satu pakej pembeli awal telah dilancarkan istimewa untuk semua tempahan sedia ada dan tempahan yang dibuat sehingga 21 Julai 2024 yang merangkumi waranti enjin selama 10 tahun atau sehingga jarak perjalanan sejauh 1,000,000km. Demi ketenangan fikiran pelanggan, Jaecoo Malaysia juga mengumumkan sejumlah enam syarikat insurans panel di bawah Program Perlindungan Perdana Jaecoo (J-PPP).

Mod Pemanduan

  • Sistem Pintar Pacuan Semua Roda (ARDIS), yang dibangunkan oleh jenama Jaecoo untuk mengharungi permukaan yang kompleks dengan lancar. 
  • Versi AWD disediakan dengan tujuh mod pacuan iaitu Eco, Sukan, Biasa, Pasir, Lumpur, Salji, atau Lasak.
  • Pilihan 2WD disediakan dengan tiga mod pacuan standard iaitu Eco, Sukan, dan Normal. 
  • Setiap mod dibina untuk meningkatkan prestasi kenderaan dan pengalaman memandu di atas pelbagai permukaan, memastikan kawalan dan kecekapan optimum. 

Keselamatan

  • Memandangkan ciri-ciri keselamatan memang sedia diterapkan dalam jenama Jaecoo , J7 menjanjikan pengalaman memandu yang selamat menerusi struktur badan yang teguh untuk menjamin keselamatan dari bawah ke atas. 
  • J7 berukuran 4,500mm panjang, 1,865mm lebar, dan 1,680mm tinggi, dengan dasar roda 2,672mm.  
  • Kedua-dua versi dipacu oleh enjin petrol empat sebaris cas turbo 1.6-liter, menghasilkan 194hp dan tork 290Nm. 
  • Digandingkan dengan DCT (transmisi dwi-klac) 7 kelajuan. 

Luaran

  • Empat pilihan warna: Moonlight Silver (Perak), Carbon Crystal Black (Hitam), Khaki White (Putih) dan Model Green (Hijau).
  • Lasak tetapi dengan penampilan bergaya yang mudah dicam menerusi gril dan lampu depan LED bendera berpetak. 
  • Kemasan premium J7 diserlahkan lagi oleh reka bentuk badan yang minimalis dan pemegang pintu rata, yang kekal tersembunyi apabila kereta dikunci dan bergerak, sehinggalah kunci pintu dibuka. 
  • Disediakan dengan roda aloi 19 inci dan kaliper brek merah dengan cakera alih udara. Roda depannya disokong oleh suspensi Strut MacPherson, manakala roda belakang menggunakan suspensi berbilang pautan. 

Dalaman

  • Di dalam kabin J7, perhatian pemandu serta-merta akan tertumpu kepada tombol gear SUV yang mirip jet pejuang dan kelompok instrumen digital 10.25 inci bersama skrin mendongak semua permukaan W-HUD baharu. 
  • Unit kepala merangkumi skrin pusat menegak 14.8-inci yang menyokong Apple Car Play dan Android Auto. 
  • Kamera 540-darjah memberikan medan penglihatan 360-darjah J7, dan juga keadaan kenderaan. Ciri ini memberikan pemandu keyakinan tambahan dengan jaminan keselamatan tanpa titik buta di atas permukaan tidak rata, dan memandu melalui ruang sempit. 
  • Di samping itu, pad pengecas tanpa wayar 50W dengan lohong penyaman udara boleh menempatkan mana-mana telefon pintar yang sedang dicas pada konsol dengan suhu optimum. 

  • Kabinnya luas, memberikan penumpang ruang kaki yang secukupnya untuk perjalanan jarak jauh. 
  • Suasana mewah semakin terserlah dengan lampu keliling 64 warna, bumbung mata hari panorama, sistem bunyi Sony lapan-speaker, sistem iklim dwi-zon dengan lohong belakang dan alat pengawal dan kerusi depan pacuan kuasa. 
  • Direka cipta untuk menjadi teman pengembaraan yang boleh dipercayai semasa menempuh jalan lasak, J7 mempunyai ruang but 424 liter dengan tempat duduk belakang pada kedudukan seadanya. Apabila tempat duduk belakang dilipat rata, ruang but bertambah kepada 1,349 liter, yang mampu memuatkan tilam kembar berukuran 1860mm x 970mm.  

Jaecoo J7 menandakan kemasukan penting dalam segmen SUV off-road premium, menggabungkan teknologi canggih, prestasi berkuasa dan keselesaan mewah. Dengan penampilan sulungnya di Malaysia dan ujian ketat yang membuktikan keupayaannya, J7 menetapkan standard baharu untuk kenderaan luar jalan dalam kelasnya, mempamerkan komitmen Jaecoo terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam pasaran off-road.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan