Piston.my

Proton Menang Empat Anugerah Dalam Amalan HR Terbaik, Perkembangan Dan Pengalaman Pekerja

Proton telah diiktiraf atas program pembelajaran dan pembangunan yang cemerlang, amalan sumber manusia (HR) yang mampan serta program pembangunan  majikan terbaik dalam Employee Experience Awards 2024 yang berprestij dan People & Purpose Awards 2024  yang berlangsung pada bulan Mei dan Jun tahun ini. Keempat-empat anugerah ini diterima pada dua acara berasingan telah membuktikan komitmen Proton dalam memupuk bakat dan membangunkan budaya kerja  yang mampan, membolehkan Syarikat ini menyelaraskan usaha ke arah kemajuan yang lebih besar.  

Employee Experience Awards yang dianjurkan oleh Human Resources Online Awards mengenal pasti majikan  yang telah mengambil langkah yang nyata untuk meningkatkan pengalaman pekerja. Anugerah ini mengiktiraf  Bahagian Sumber Manusia (HCD) Proton dalam dua kategori – Emas untuk Program Pengurus Pertama  Terbaik dan Emas untuk Program Pembelajaran dan Pembangunan Terbaik. Anugerah pertama menekankan  impak inisiatif yang menyeluruh dan memastikan pemimpin baru dapat berkembang dan menyumbang secara  berkesan manakala anugera kedua melengkapkan kakitangan dengan kemahiran, pengetahuan dan peluang  untuk perkembangan profesional. 

Sementara itu, Anugerah People & Purpose 2024 oleh SEEK mengiktiraf para pengamal HR yang bersemangat  dan didorong dengan tujuan. Ia telah mengiktiraf HCD Proton dalam dua kategori – Platinum dalam Amalan  HR Mampan Terbaik dan Emas dalam Program Pembangunan Majikan Terbaik. Anugerah ketiga ini memuji  amalannya untuk mewujudkan keseimbangan yang harmoni antara objektif perniagaan dan kesejahteraan  pekerjanya untuk memacu matlamat organisasi manakala anugerah keempat mengesahkan program latihan  dalaman Proton dan inisitatif pembangunan kerjaya untuk perkembangan professional.

Pencapaian ini dikreditkan kepada sistem HR yang kukuh yang dipimpin oleh Amran bin Mohd Tomin apabila  beliau mengambil alih sebagai Naib Presiden HCD pada Mac 2016 dan membawa syarikat ke arah transformasi  menuju keuntungan yang berterusan. Di bawah pimpinannya, jabatan HCD merangka strategi sumber manusia  dan menyelaraskan dengan keperluan perniagaan, menyusun semula peranan dan fungsi serta memperkemas  aliran kerja untuk menyokong pelbagai bahagian, terutamanya dalam jualan, selepas jualan dan pembuatan. 

Berikutan kerjasamanya dengan Geely, strategi baru telah diwujudkan berdasarkan keperluan kerjasama baru,  terdiri daripada tujuh usaha strategik yang berkembang menjadi empat nilai bersama yang dikenali sebagai TARI  – Teamwork, Achiever, Respect dan Integrity. Salah satu perubahan ketara ialah penciptaan Rakan Perniagaan  HR untuk meningkatkan kepakaran perniagaan antara pemimpin HR dan bahagian-bahagian seperti pengeluaran,  jualan, selepas jualan, dan sokongan kejuruteraan teknikal.  

Apabila syarikat kembali mencatat keuntungan, fasa kedua penstrukturan HCD dilaksanakan dari tahun 2019  hingga 2020 dengan tujuan untuk merapatkan jurang antara keupayaan bakat dan keperluan bagi memacu  pertumbuhan ke peringkat seterusnya. Pada masa yang sama, jabatan HCD Proton telah diperkukuhkan untuk  mengurus bakat, budaya, dan reka bentuk organisasi dengan lebih baik. HCD juga disokong oleh pelan perniagaan 10 tahun yang menyelaraskan matlamat syarikat dengan aspirasi pekerja untuk organisasi  berorientasikan prestasi.  

ORO 2.0 diteruskan dengan penyesuaian sambil mencari aktiviti berorientasikan keuntungan  

Berpandukan Pengoptimuman Sumber Organisasi (ORO) dalam tempoh empat tahun yang lalu, Proton telah  memberi tumpuan kepada penyesuaian saiz operasi untuk pengoptimuman kos, penjimatan dan mengelakkan  pembaziran sepanjang tempoh tersebut. Bermula tahun ini, ORO 2.0 melanjutkan aktiviti ini dengan mengenal  pasti proses bukan teras yang boleh disalurkan sebagai aktiviti berorientasikan keuntungan. Ini dilakukan tanpa  mengurangkan tenaga kerja tetapi dengan menggabungkan peranan jika memungkinkan.  

Walaupun begitu, dengan syarikat memacu gear yang lebih tinggi, keperluan untuk mengambil pekerjaan luaran  melengkapkan kemahiran sedia ada menjadi lebih jelas. Dalam tempoh empat hingga lima tahun yang lalu,  Proton telah mengupah lebih 3,000 pekerja sementara mengalami pengurangan kira-kira 10 hingga 11% setiap  tahun. Selain itu, Proton menyasarkan untuk promosi dalaman mencakupi 10% hingga 20% daripada jumlah  pekerjanya pada setiap peringkat.  

Untuk mengukuhkan saluran bakatnya, syarikat melancarkan program Proton Young Talents (PYT) pada tahun  2018 dengan sasaran pengambilan 100 bakat muda setiap tahun. Selepas penggiliran awal melalui empat  bahagian teras, 30 hingga 50 bakat diterima dalam peranan tetap untuk menyokong fungsi utama perniagaan dalam tempoh lima tahun berikutnya. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan