Piston.my

Proton Memaparkan Pembangunan Bakat Di Minggu Latihan Kebangsaan

Proton menunjukkan komitmennya untuk memajukan  industri automotif Malaysia melalui pembangunan bakat semasa Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024. Acara  ini diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 dan 30 Jun dan dianjurkan oleh HRD Corp di bawah  selenggara Kementerian Sumber Manusia untuk mempromosikan kemahiran berteknologi tinggi dan  pembelajaran sepanjang hayat.  

Tumpuan Strategik terhadap Pembangunan Belia dan Bakat 

Penyertaan Proton dalam NTW 2024 membawa mesej yang jelas bahawa pembangunan bakat adalah penting  untuk mencapai matlamat syarikat untuk menjadi peneraju global dalam industri automotif. Proton telah  merangka tujuh teras strategik, dengan “Pembangunan Bakat” sebagai salah satu keutamaan yang penting.  

Tumpuan strategik ini bertujuan untuk menangani pelbagai cabaran perniagaan dengan memupuk pengalaman  kakitangan dan membangunkan pemimpin tempatan. Selaras dengan pelan hala tuju strategik 10 tahun jabatan  sumber manusia, Proton berkomitmen untuk melabur dalam pertumbuhan modal insan dan meningkatkan  keupayaan mereka. Ini ditegaskan oleh pelaburan dan inisiatif strategik yang ketara seperti program Proton  Young Talent (PYT), iaitu inisiatif pembangunan kerjaya pantas yang menawarkan penggiliran kerja pelbagai  fungsi bakat muda dan tugasan berasaskan projek untuk mempercepat pembangunan kemahiran mereka. PYT  bermula pada tahun 2018 dan telah mengambil 178 bakat muda, dengan 143 yang sedang bekerja di Proton.  

Rancangan semasa merangkumi pelantikan lebih daripada 100 bakat baru pada tahun 2024 dengan sasaran  untuk menggandakan jumlah ini dalam pada masa yang akan datang. Sejak tahun 2022, Proton telah melabur  lebih dari RM9.4 juta dalam program latihan dan pembangunan, dengan mendedikasikan lebih daripada 100,000  jam latihan setiap tahun untuk memastikan kesiapsediaan para pemimpin masa depan di industri automotif  Malaysia. 

Inisiatif ini selaras dengan strategi DRM-HICOM yang lebih luas untuk membangunkan industry automotif di  Malaysia melalui penubuhan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), yang bertujuan untuk menggalakkan  teknologi automotif yang canggih dan memupuk tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.  

Di bawah Kualiti Projek, Proton telah melaksanakan piawaian global untuk proses pengurusan projek yang  dikenali sebagai sistem pembangunan produk baru (NPDS) bagi menghasilkan model baru secara berkesan dan  cekap. Oleh itu, semua risiko berpotensi dikenal pasti dan diselesaikan awal semasa peringkat pembangunan  projek sebelum bergerak ke semakan gateway yang ketat untuk memastikan piawaian kualiti tercapai sebelum  pelancaran model-model baru.  

Penyelesaian isu oleh tiga pasukan meningkatkan prestasi Kualiti Pasaran 

Proton mengambil langkah-langkah yang ketat untuk menyiasat dan memperbaikikan sebarang isu yang  ditemui selepas pelancaran model baru melalui pelbagai medium, termasuk Kawalan Peringkat Awal (ISC) dalam  100 hari pertama selepas pelancaran kereta, analisis tuntutan jaminan, mesyuarat kualiti pasaran harian, dan  laporan sentiment media sosial. 

Sejak pengenalan Proton X70 pada 12 Disember 2018, lebih daripada 217,000 unit SUV siri X syarikat itu telah  dijual setakat ini kepada pelanggan pasaran tempatan dan eksport. Ini membolehkan Proton jauh menerajui  keseluruhan jualan SUV di Malaysia dalam tempoh masa itu. Penjualan Proton Saga pula telah melepasi 2 juta  unit, membolehkan ia mengekalkan kedudukannya sebagai kereta buatan Malaysia paling popular sepanjang  masa. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan