Piston.my

PRO-NET Mengambil Kawalan Pelancaran e.MAS EV

PRO-NET, sebuah anak syarikat automotif kereta nasional Proton, telah  mengambil alih pengurusan jenama e.MAS, penambahan terbaru di dalam portfolio kenderaan elektrik  (EV) mereka selepas pelancaran rasmi jenama e.MAS pada 12 Jun 2024. 

PRO-NET telah diberikan tanggungjawab yang penting dalam membangunkan jenama e.MAS bagi  mengukuhkan pasaran dan bersiap sedia untuk pelancaran produk yang akan datang. Tanggungjawab  ini termasuklah merekrut sebuah pasukan yang berdedikasi, menubuhkan rangkaian pengedar yang  kukuh serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengecas bagi memastikan ekosistem EV berjalan  dengan lebih lancar. 

Melihat rekod prestasi daripada pelancaran smart #1 yang kini menjadi pesaing utama dalam segmen  SUV Premium dan juga pengenalan smart #3 yang akan datang, PRO-NET telah bersiap sedia untuk  menerajui jenama Proton e.MAS. PRO-NET akan memanfaatkan rangkaiannya yang kukuh, berserta  pengembangan platform digitalnya dan juga kakitangan yang pakar dalam teknologi EV bagi  memastikan e.MAS bukan sahaja dapat menyaingi tetapi juga melepasi kejayaan yang diperlihatkan  model jenama smart dalam lanskap EV. 

Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan  PRO-NET. “Kepakaran yang telah dibangunkan oleh PRO-NET sepanjang dua tahun lepas meletakkan  kami pada kedudukan yang unik bagi mengangkat jenama Proton e.MAS ke barisan hadapan dalam  industri EV di Malaysia. Bakal pelanggan kami bukan sahaja akan mendapat manfaat daripada rangkaian  perkhidmatan yang menyeluruh, malah, melebihi jangkaan mereka, sama seperti pemilikan  pengalaman premium yang disediakan kepada pemilik kenderaan smart.” Kata Dr. Li. 

Keterujaan terhadap jenama e.MAS jelas dilihat apabila lebih dari 25,000 peserta telah menyertai  peraduan meneka jenama baru tersebut. PRO-NET dengan sukacitanya mengumumkan para pemenang  pertandingan ini: 

  • Hadiah Utama sebanyak RM5,000 dimenangi oleh Puteri Hanna Batrisha binti Ibrahim
  • Hadiah Naib Johan sebanyak RM1,500 dimenangi oleh Noor Hidayah Binti Mohd Rodzi
  • Hadiah Ketiga sebanyak RM1,000 dimenangi oleh Ahmad Norrizzuan Bin Noor Azhar 

Selain itu, PRO-NET mengumumkan bahawa akaun media sosial rasmi Proton e.MAS kini aktif dengan  nama pengguna “Proton e.MAS Cars” di Facebook dan Xiaohongshu. “@Protonemasofficial” di  Instagram dan TikTok

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan