Piston.my

Pemenang Peraduan Diumumkan untuk Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang Ka-Ching’!

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah mengadakan penyampaian hadiah untuk peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang Ka-Ching’ di BHPetrol Jalan Meru 2, Klang.

Peraduan yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2024 di stesen servis BHPetrol yang mengambil bahagian, telah memberi ganjaran kepada 80 pemenang secara keseluruhan dan 20 lagi pemenang saguhati dengan wang tunai RM1,000 yang diumumkan melalui laman web rasmi BHPetrol.

20 pemenang memenangi hadiah utama Wang Tunai RM5,000 setiap seorang dan 20 pemenang membawa pulang hadiah kedua petrol percuma selama setahun bernilai RM4,000 setiap seorang. 20 pemenang lagi memenangi hadiah ketiga Baucar HABIB bernilai RM3,000 dan 20 pemenang lain memenangi hadiah saguhati HABIB 5g 999.9 Gold Bar setiap satu.

Dalam tempoh promosi, setiap ahli BHPetrol eCard yang membelanjakan nilai minimum RM40 setiap transaksi untuk bahan api atau barangan kedai secara automatik layak untuk menyertai peraduan.

‘Kami terharu dengan sambutan yang baik dan penyertaan yang tinggi dalam peraduan. Tawaran menarik kami berjaya menarik ramai pelanggan baharu serta pelanggan setia kami untuk mengunjungi BHPetrol. Kami berharap hadiah yang dimenangi akan memberi kegunaan kepada para pemenang dalam keperluan harian mereka.” kata Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol.

Selepas majlis penyampaian hadiah dan hiburan seterusnya, BHPetrol turut mengumumkan peraduan terbaharu dimulakan. Bermula 1 Julai hingga 31 Ogos, sesiapa yang membelanjakan minimum RM40 di mana-mana cawangan BHPetrol berpeluang memenangi wang tunai RM5,000, RM3,000 untuk hadiah kedua atau kad minyak RM3,000 untuk tempat ketiga.

Anda hanya perlu mengimbas kod QR pada resit selepas anda membuat pembelian di mana-mana cawangan BHPetrol. Lebih baik lagi, jadi ahli eKad BHPetrol (sangat mudah, cuma muat turun aplikasinya) dan anda mendapat lebih banyak peluang untuk menang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bhpetrol.com.my!

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan