Piston.my

Sime Darby Motors Lancar DRIVECARE: Pusat Servis Sehenti

Sime Darby Motors (SDM) hari ini mengumumkan pelancaran DRIVECARE, sebuah pusat servis sehenti berbilang francis yang dibuka khas untuk memenuhi keperluan pemilik kereta daripada semua segmen dan jenama. Inisiatif ini bertujuan menawarkan harga yang berpatutan, kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan, disokong oleh kepakaran juruteknik SDM yang terlatih.

DRIVECARE sedia diperluas ke semua pasaran Asia Tenggara, diikuti oleh pelancaran meliputi operasi SDM di seluruh rantau Asia Pasifik. Peluasan strategik ini menekankan komitmen tidak berbelah bahagi SDM untuk menawarkan perkhidmatan automotif yang boleh dipercayai dan mudah didapati.

DRIVECARE telah dibuka untuk menangani keresahan umum yang dihadapi oleh pelanggan di banyak bengkel servis kenderaan, seperti kemudahan yang tidak mencukupi dan mutu kerja kurang baik, perkhidmatan pelanggan kurang memuaskan dan ketiadaan ruang menunggu yang selesa. Dengan memanfaatkan kepakaran automotif SDM yang luas dan kelengkapan yang canggih, DRIVECARE menjanjikan pengalaman luar biasa bagi perkhidmatan dan penyenggaraan kereta pada harga yang berdaya saing.

Pelanggan DRIVECARE boleh menikmati kemudahan yang disenggarakan dengan baik, ruang kerja teratur dan ruang menunggu yang selesa. Kemudahan terkini dan peralatan canggih di DRIVECARE memastikan bahawa setiap kenderaan mendapat perhatian dan penjagaan rapi daripada pasukan juruteknik berpengalaman.

Kemudahan DRIVECARE turut disokong Sime Darby Auto Selection, jenama dipercayai Sime Darby Motors bagi kenderaan pramilik, menawarkan pilihan kos rendah untuk membeli kereta baharu. DRIVECARE beroperasi di dalam kemudahan Auto Selection, menjamin perkhidmatan dan sokongan lancar bagi pembeli kenderaan pramilik.

Para pelanggan boleh mengunjungi pusat servis rasmi DRIVECARE di Lot 33 Glenmarie dan Chan Sow Lin, yang telah dibuka dan sedia untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Sempena pelancarannya, dari 26 Jun hingga 31 Julai 2024, DRIVECARE mengadakan promosi istimewa untuk menjemput pelanggan menikmati pengalaman servis yang disediakan.

Antaranya termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, diskaun 20 peratus untuk caj alat ganti dan buruh, seta set bilah pengelap cermin dengan setiap penggantian cermin depan. Untuk menambah baik pengalaman pelanggan, semua servis dalam tempoh promosi akan menerima khidmat cucian kereta dan satu produk Liqui Moly dan secara percuma.

Di samping itu, DRIVECARE menawarkan promosi tempoh terhad bagi pelanggan yang menghantar dua kenderaan untuk diservis. Seramai 100 pelanggan pertama yang membawa kereta kedua untuk servis akan menikmati diskaun 50 peratus bagi minyak enjin, tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran hanya sah untuk kenderaan yang didaftarkan di bawah pemilik yang sama. Layari www.drivecare.com.my untuk maklumat lanjut.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan