Piston.my

smart Malaysia Memperkenalkan Perkhidmatan Selepas Jualan smartCare

smart Malaysia mengumumkan pelancaran smartCare, program perkhidmatan selepas jualan yang direka untuk memastikan kebolehgunaan semua kenderaan smart dan menyediakan sokongan proaktif kepada pemilik smart sedia ada. Program komprehensif ini merangkumi pelbagai perkhidmatan dan ciri produk yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan premium serta mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan kenderaan smart.

Program smartCare memperkenalkan lapan ciri penting kepada ekosistem perkhidmatan selepas jualan smart yang merangkumi penyediaan Pengalaman Digital yang terbaik, Pengurusan Bateri serta Perkhidmatan Selepas Jualan iaitu Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi (HV) secara langsung, Perkhidmatan Digital Selepas Jualan melalui Aplikasi Hello smart, Pembaikan Bateri HV Tempatan, Rakan Gudang & Logistik, Kemudahan Outlet Servis dengan Bilik penyimpanan Bateri HV, Pengecas EV di seluruh Pengedar smart, Juruteknik yang berkelayakan dan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (Body & Paint). 

Sistem Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi Secara Langsung

Aspek unik dalam ekosistem smartCare ini adalah Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi secara langsung. Ciri keselamatan ini direka khas untuk menawarkan solusi pencegahan bagi isu yang berpotensi berlaku melalui pemantauan kesihatan bateri secara langsung di dalam kenderaan smart. Sistem ini membolehkan kereta menghantar notifikasi terus ke smart Central, bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan segera dalam mengekalkan prestasi dan kebolehpercayaan yang optimum.

Demi memastikan tahap keselamatan yang tinggi, melindungi kenderaan dan memberi ketenangan fikiran kepada pemilik smart, sistem ini mempunyai asas komitmen smart terhadap kecemerlangannya. Aplikasi Hello smart dapat meningkatkan pengalaman pemilikan dengan membolehkan pemilik menempah servis kenderaan dengan mudah, mengakses panduan pengguna, dan menerima bantuan kecemasan melalui tetapan antara muka pengguna (user-interface). Tambahan, untuk sebarang pertanyaan, pemilik boleh menghubungi Pusat smartCare di talian 1-800-22-8877 bagi memastikan sokongan serta bantuan segera untuk kenderaan mereka apabila diperlukan.

Pemeriksaan Kesihatan Bateri yang Komprehensif

Kerjasama smart dengan perkhidmatan pembaikan bateri HV tempatan juga antara ciri yang terdapat pada smartCare. Kolaborasi dalam pengurusan bateri membolehkan smart Malaysia menyediakan pembaikan dengan segera dan mesra alam dalam menggunakan semula komponen yang berfungsi, sekaligus meminimumkan masa henti dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Juruteknik bateri yang berkelayakan di pusat pembaikan tempatan smart komited untuk memberikan tahap penjagaan yang terbaik bagi kenderaan smart anda dan ini juga diperkukuhkan dengan pemilikan sijil latihan yang berprestij.

Selain itu, rakan pasukan di smart Malaysia yang terdiri daripada pakar EV yang terlatih disokong oleh smart Central di China, memastikan perkhidmatan selepas jualan yang bertaraf tinggi melalui latihan intensif yang berterusan dan pengetahuan terkini mengenai teknologi EV. Bakat tempatan ini dapat dinilai dengan kepakaran bertaraf antarabangsa yang diperakui di peringkat global, memberikan standard profesionalisme yang tinggi kepada mereka. Mempunyai Rakan Kongsi Pembaikan Bateri HV tempatan adalah penting untuk menjamin keselamatan pengguna dan membina keyakinan dalam pemilikan kenderaan elektrik smart.

Perkhidmatan Selepas Jualan

smart Malaysia menjalinkan kerjasama dengan penyelia gudang dan logistik yang dipercayai untuk memastikan alat ganti kenderaan yang tersedia dapat diuruskan dengan efisien. Lebih daripada 3,000 SKU dan 10,000 alat ganti di dalam unit penyimpanan stok. Kerjasama ini mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi pemilik smart yang memerlukan pembaikan kereta dengan segera.

smart Malaysia merupakan satu-satunya jenama yang mempunyai Bilik Bateri Bervoltan Tinggi yang khas dan unik. Bilik ini memastikan semua penyimpanan bateri dalam keadaan yang baik dan sebarang tugasan dilakukan dengan selamat dan terjamin. Kemudahan khusus ini menonjolkan komitmen smart dalam menyediakan penjagaan yang rapi dan membezakan smart dari pesaing yang lain. Hal ini mencerminkan dedikasi smart terhadap penjagaan alam sekitar dan keselamatan para pelanggan, sekaligus menunjukkan fokus smart yang teguh terhadap persekitaran perniagaan yang selamat.

Di samping itu, smart Malaysia juga telah memperkenalkan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (B&P) yang terletak di smart Ipoh, smart KL B&P, dan smart Penang. Kesemua kemudahan ini serba lengkap dalam mengendalikan perlbagai perkhidmatan seperti tuntutan insurans, penggantian cermin hadapan, perkhidmatan cat dan pembaikan kenderaan. Perkhidmatan ini menyediakan alat ganti tulen kepada pelanggan, memastikan kelestarian status waranti kenderaan dan mengekalkan standard kualiti yang tinggi. Di samping itu juga, kesemua 10 pengedar smart di seluruh negara dilengkapi dengan pengecas EV, menawarkan akses yang mudah kepada kemudahan pengecasan AC dan DC kepada semua pemilik EV.

Sertai Program Hari Pelanggan smartCare

smart Malaysia akan menganjurkan Program Hari Pelanggan smartCare dan ingin menjemput semua pemilik kereta smart untuk menyertai sesi informatif dan interaktif ini. Pelanggan boleh belajar dan mendalami penerangan teknikal, di mana pakar produk smart akan berkongsi maklumat mengenai operasi kenderaan, prosedur pengecasan dan juga tips penyelenggaraan. Demonstrasi secara langsung akan mengajar pelanggan cara-cara untuk melakukan pemeriksaan kenderaan, menjalankan tugas penyelengaraan asas, dan mengoptimumkan prestasi kenderaan smart mereka. Selain itu, para pelanggan juga akan mendapat faedah daripada tips PRO smart mengenai pemeriksaan keadaan tayar, pemantauan lampu kenderaan, pengurusan julat bateri, pengetahuan bila perlu menukar pengelap cermin hadapan kenderaan dan banyak lagi.

Destinasi seterusnya adalah di smart Ipoh dan smart Alor Setar pada 22 Jun 2024, jam 10 pagi. Sertai kami untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjaga kenderaan smart anda supaya dapat berjalan dengan lancar dan efisien.

Tingkatkan Pengalaman Pemanduan anda Bersama smartCare

Miliki smart #1 dan nikmati Pengalaman Pemilikan Premium Sepenuhnya dengan smartCare. Dengan smartCare anda akan menerima Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,00km, Jaminan komponen bervoltan tinggi selama 8-tahun atau 150,000km, Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan, dan Jaminan alat ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan. Nikmati ketenangan fikiran dengan Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7 bagi memastikan pengalaman pemanduan bebas masalah dan kebimbangan.

Harga On-The-Road (tanpa insurans) smart #1 Pro, Premium dan BRABUS – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan ialah RM169,000, RM209,000, dan RM249,000.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan