Piston.my

Pusat 3s Nissan Serba Baharu Dibuka Untuk Meningkatkan Perkhidmatan Pelanggan Di Muar, Johor

Sebuah lagi tanda tempat baharu Nissan didirikan di Muar, Johor dengan pelancaran rasmi Pusat 3S Nissan yang dikendalikan oleh NM Supreme Sdn. Bhd. Pusat 3S serba baharu dengan luas binaan lebih daripada 8,000 kaki persegi ini menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan Nissan. Ia merupakan pengedar terbaru yang menerima Konsep Runcit Nissan di Malaysia bagi meningkatkan pengalaman di kemudahan Nissan. 

Konsep Runcit Nissan bertujuan untuk menginovasikan pengedar Nissan dan menyampaikan standard perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan Nissan di seluruh dunia. Ia bertumpu pada mempamerkan nilai jenama Nissan sepanjang masa pelanggan berada di pusat flagship ini, sama ada untuk memandu uji model terkini atau menghantar kereta untuk servis biasa. Setiap titik sentuh kemudahan runcit yang mematuhi konsep NRC telah pun direka bentuk dan diperhalusi semula untuk menyampaikan keseronokan dan kepuasan kepada pelanggan.

Terletak di Jalan Meriam, Pusat 3S NM Supreme Nissan merupakan tarikan baharu di Muar dengan penampilan rapi yang diserlahkan dengan tablet Nissan berwarna merah yang amat menarik perhatian. Logo ikonik Nissan juga menarik pelanggan ke bilik pamerannya yang luas yang mampu mempamerkan sehingga enam (6) kenderaan. Selain itu, pasukan penasihat jualan yang berpengetahuan sentiasa bersedia untuk melayani setiap pertanyaan pelanggan mengenai model Nissan terkini.

Direka dengan teliti dengan kelengkapan premium dan kontemporari, ruang runcit Pusat 3S NM Supreme Nissan menampilkan ruang rehat pelanggan yang selesa dengan suasana santai untuk memudahkan perbincangan antara pelanggan dan penasihat jualan, serta pandu uji model Nissan terkini. Internet WIFI berkelajuan tinggi serta makanan dan minuman juga disediakan secara percuma di ruang rehat untuk pemilik dan pelanggan Nissan.

Dengan pelaburan sebanyak RM2 juta, bilik pameran baharu ini mempunyai keluasan 8,428 kaki persegi. Setiap aspek Pusat 3S NM Supreme Nissan didedikasikan untuk menggembirakan dan memuaskan hati pelanggan Nissan. ini termasuk kawasan khusus yang direka khas untuk pelanggan yang mengambil pemilikan kenderaan Nissan baharu mereka, bagi memastikan setiap kereta baharu yang diserahkan menjadi detik yang dihargai oleh pelanggan.

Bagi pelanggan yang kembali untuk perkhidmatan selepas jualan, Pusat 3S NM Supreme Nissan juga dilengkapi dengan empat (4) ruang servis yang mampu memuatkan sehingga 16 kenderaan sehari, dengan anggaran kapasiti 352 kereta sebulan. Pusat servis ini mempunyai luas binaan lebih daripada 4,000 kaki persegi dan dikendalikan oleh sepasukan enam (6) orang ahli terlatih dan profesional.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan