Piston.my

Proton Meraikan Pencapaian Lima Juta Unit Pengeluaran

Proton telah mencapai satu lagi kejayaan dalam sejarah 41 tahunnya apabila ia berjaya melebihi lima juta unit pengeluaran. Proton X90 Flagship adalah  kenderaan yang mencatat rekod dan telah didedahkan sempena lawatan Y.B. Senator Tengku Datuk Seri Utama  Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Malaysia dan Jin Zhuanglong, Menteri  Perindustrian dan Teknologi Maklumat China ke ibu pejabat Proton di kompleks Center Of Excellence (COE). 

Lawatan ke Proton tersebut juga sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia  yang telah disambut secara rasmi pada 31 Mei tahun ini. Turut menghadiri lawatan tersebut ialah Y.B. Ng Sze  Han, ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Selangor, Eric Li Shufu,  Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM,  Dr Wei Mei, Ketua Pegawai Eksekutif Geely International Holdings (Malaysia), Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai  Eksekutif Proton dan Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.    

Kejayaan dibina atas perkongsian antarabangsa 

Sejak permulaan kerjasama dengan Kumpulan Geely pada 2017, Proton telah melancarkan empat model  serba baharu yang dibinakan bersama Geely. Proses berikut juga menaik taraf model rekaan tempatannya dan  memperkenalkan kecerdasan dan ketersambungan kepada barisan modelnya. Dengan penambahbaikan dalam  kualiti produk, pelaburan dalam pengurusan selepas jualan dan alat ganti serta penubuhan rangkaian pengedar  dengan bilangan cawangan 3S/4S tertinggi di Malaysia, aktiviti ini telah membawa kepada pertumbuhan jualan  lima tahun berturut-turut dengan peningkatan yang sepadan dalam pengeluaran.  

Sejak pengenalan Proton X70 pada 12 Disember 2018, lebih daripada 217,000 unit SUV siri X syarikat telah dijual  setakat ini kepada pelanggan pasaran tempatan dan eksport. Ini membolehkan Proton jauh menerajui jualan  keseluruhan SUV di Malaysia dalam tempoh masa itu. Penjualan Proton Saga pula telah melepasi 2 juta unit,  membolehkan ia mengekalkan kedudukannya sebagai kereta buatan Malaysia yang paling popular. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan