Chery Auto Malaysia Sdn Bhd, telah mencapai mercu jaya penting dalam usaha menjana pertumbuhannya di Malaysia dengan pelancaran Kilang Korporat Malaysia Chery di Shah Alam. Kemudahan ini adalah yang pertama di rantau ASEAN untuk mengeluarkan Jaecoo J7, kenderaan utiliti sukan (SUV) luar jalan premium yang memang dinanti-nantikan.
Pelancaran kilang ini diraikan dengan pengeluaran SUV luar jalan premium Jaecoo J7 Pacuan Dua Roda (AWD) sulung daripada barisan pengeluaran, yang disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Industri dan Teknologi Maklumat dari China (MIIT), Dr Jin Zhuanglong.
Lawatan ke fasiliti ini memaparkan teknologi canggih terkini dan proses kawalan kualiti ketat yang diguna pakai bagi semua kenderaan Jaecoo yang dikeluarkan. Jaecoo J7 AWD dan 2WD (Pacuan Dua Roda) bakal menjadi model pertama yang dipasang di kemudahan di Shah Alam. Pembukaan kilang ini telah mencipta 500 pekerjaan baharu dengan potensi perkembangan seiring dengan permintaan pasaran.
Terletak secara strategik di zon perindustrian Shah Alam, Kilang Korporat Malaysia Chery beroperasi berhampiran para pengeluar tempatan yang penting kepada rantaian bekalan. Kemudahan ini juga terletak tidak jauh dari pelaburan paling sibuk Malaysia, yang merupakan pelabuhan kedua terbesar di Asia Tenggara, yang meningkatkan lagi tahap kesediaan pengeluar untuk mengeksport ke rantau ASEAN pada masa depan.
Sehingga kini, Chery bertanggungjawab mencipta lebih daripada 1,000 pekerjaan di Malaysia menerusi operasi tempatannya. Jenama ini juga mempunyai rangkaian 100 pusat jualan dan servis di seluruh negara.
Jaecoo telah memberikan gambaran awal portfolio EV masa depannya kepada pasaran, dengan memperkenalkan kenderaan Tiggo 8 Pro Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) Jaecoo J7 dan Kenderaan Elektrik (EV) sepenuhnya Jaecoo J6 di Malaysia Autoshow 2024 pada bulan Mei sejajar dengan cogan kata jenama, “Tenaga Baharu, Ekologi Baharu, Era Baharu.”
Pelancaran fasiliti tersebut akan diikuti dengan pelancaran rasmi kenderaan J7 di Malaysia, SUV kegunaan lasak premium oleh Jaecoo, pada 19 hingga 21 Julai.