Piston.my

Proton Menerima Anugerah Di Grand Prix ASEAN NCAP 2024

Proton telah dinamakan sebagai penerima Anugerah  Kecemerlangan – Industri di upacara Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 atas komitmen berterusan  syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan usahanya untuk menambah baik ciri keselamatan di  seluruh rangkaian modelnya. 

“Proton adalah jenama Malaysia pertama yang menerima Anugerah ini dan mempunyai sejarah  mengutamakan keselamatan dalam semua modelnya. Ini terbukti oleh pelbagai anugerah yang diterima selama  ini. Pengiktirafan tahun ini menyerlahkan teknologi keselamatan inovatif kami dan langkah penting yang telah dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan pelanggan. Kami mengucapkan terima kasih kepada ASEAN  NCAP atas penghargaan ini serta membantu membangunkan teknologi keselamatan dalam industri automotif.  

“Rangkaian model pintar kami memaparkan sejumlah besar teknologi keselamatan pasif dan aktif, terutamanya  model terbaru kami, Proton S70 dan Proton X90 yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Sistem Peringatan  Memandu Keletihan (FDRS) untuk mengurangkan risiko keletihan pemandu. Anugerah ini mencerminkan  komitmen Proton untuk memanfaatkan teknologi termaju dan reka bentuk inovatif untuk meningkatkan  keselamatan kenderaan kami dan akhirnya membantu memastikan keselamatan pemandu dan penumpang,” kata  Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton. 

Kedua-dua SUV terlaris Proton, iaitu Proton X50 dan Proton X70, adalah model bertaraf 5 bintang. Proton X50  2024 yang dilancarkan baru-baru ini, menampilkan enam beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC),  Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) tahap kedua dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).  

Sejak penubuhannya, Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP telah meraikan pencapaian cemerlang dalam  keselamatan kenderaan di rantau ASEAN. Proton dipilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan atas usaha dan sumbangannya yang berterusan dan cemerlang dalam teknologi keselamatan kenderaan.  Penghargaan baharu ini menonjolkan ketekalan Proton untuk memajukan keselamatan dan sokongan  berterusannya untuk meningkatkan keselamatan kenderaan di seluruh rantau. 

Selain daripada majlis penyampaian anugerah, acara ASEAN NCAP yang diadakan di King Mongkut’s University  of Technology North Bangkok (KMUTNB) mengadakan sesi yang mendalam mengenai protokol dan teknologi  keselamatan terkini. Sesi itu membolehkan jenama automotif di rantau ini kekal di barisan hadapan inovasi  keselamatan automotif.  

Program Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (lebih dikenali sebagai ASEAN NCAP) ialah kerjasama  antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Global NCAP. Ia bertujuan untuk  meningkatkan standard keselamatan, meningkatkan kesedaran pengguna, dan menggalakkan pasaran untuk  kenderaan yang lebih selamat dalam komuniti ASEAN. 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan