Peugeot Malaysia hari ini mengumumkan pakej waranti standard yang baru untuk semua kenderaan baharu Peugeot. Berkuatkuasa serta-merta, pelanggan yang membeli kenderaan baharu Peugeot kini layak untuk menerima jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, mana-mana tiba dahulu. Jaminan selama 5 tahun ini merangkumi jaminan pengeluar untuk 3 tahun dan tambahan jaminan lanjutan selama 2 tahun yang sama seperti jaminan pengeluar bagi semua kenderaan penumpang.
Waranti 5 tahun baharu itu boleh dilanjutkan dengan pilihan perlindungan selama 2 tahun lagi, sekali gus memberikan perlindungan komprehensif sehingga 7 tahun atau perbatuan sejauh 200,000km, mana-mana tiba dahulu. Sebagai tambahan, pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk membeli jaminan lanjutan ini dalam tempoh 90 hari pertama bagi mendapatkan harga promosi. Jika ia dibeli 90 hari sebelum jaminan tamat, harga normal akan dikenakan.
Model |
Harga Promosi
(90 hari pertama selepas pembelian) |
Harga Normal
(90 hari sebelum tempoh jaminan tamat) |
Jaminan Lanjutan 2 tahun (Tahun ke-6 & 7) | ||
Peugeot 2008 | RM895 | RM1,557 |
Peugeot 3008 | RM957 | RM1,659 |
New Peugeot 408 | RM957 | RM1,659 |
Peugeot 5008 | RM1,049 | RM 1,811 |
Promosi ini juga melibatkan jaminan model Peugeot Landtrek sedia ada iaitu selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Jaminan tersebut boleh dilanjutkan selama 2 tahun lagi menjadi 5 tahun atau perbatuan 150,000km pada harga nominal RM2,942. Pelanggan juga boleh mendapatkan jaminan lanjutan selama 4 tahun lagi menjadi 7 tahun atau perbatuan 200,000km pada harga RM5,148 dalam masa 90 hari pertama selepas pembelian dibuat.