Piston.my

BMW Malaysia Memperkenalkan Final Edition BMW 218i Gran Coupe, X3 sDrive20i dan X3 xDrive30e

BMW Malaysia mempersembahkan BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition. Varian istimewa untuk Gran Coupé dan dua Sports Activity Vehicle (SAV) ini memperkenalkan penampilan yang lebih sporti dan set ciri yang lebih komprehensif.

BMW 218i Gran Coupe Final Edition

Dipasang secara tempatan, BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition mengekalkan sistem penggerak utama mereka, serta pakej M Sport yang melambangkan kedinamikan dan ciri lasak terhadap ketiga-tiga model tersebut.

Untuk BMW 218i Gran Coupé Final Edition, penampilan elegan kekal sebagai ciri utamanya dan kini diserlahkan oleh tambahan garis bayang dengan ciri tambahan (Shadowline with Extended Contents) dan rim aloi ringan Y-spoke M bersaiz 18-inci 553 M Bicolour. Selain itu, ruang kabin kini dilengkapi telefoni dengan pengecasan tanpa wayar dan sistem pembesar suara HiFi yang mempunyai 10 pembesar suara dengan keluaran penguat 205W,  bagi meningkatkan kemudahan dan hiburan semasa perjalanan. 

BMW X3 sDrive20i Final Edition

Sementara itu, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition pula masih mengekalkan karisma off-road yang lasak dan ciri sporti BMW yang dikenali. Kini, penampilan mengagumkan kedua-dua model tersebut dipertingkatkan lagi dengan kehadiran garis bayang lampu M (M Lights Shadowline) dan garis bayang berglos tinggi M  dengan ciri tambahan (M high-gloss Shadowline with extended contents). Eksklusif untuk BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah brek M Sport berwarna merah berglos tinggi, menampilkan satu lagi elemen visual yang menonjol.

Berkenaan sistem bantuan pemanduan pula, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition didatangkan dengan Kawalan Pemanduan Aktif dan fungsi Berhenti & Jalan (Active Cruise Control with Stop&Go Function) di samping ciri Bantuan Pemanduan (Driving Assistant) sedia ada, yang membolehkan kedua-dua SAV mengekalkan kelajuan serta jarak dalam barisan secara automatik semasa trafik berhenti dan bergerak, sehingga terhenti sepenuhnya. BMW X3 xDrive30e Final Edition juga dilengkapi Head-Up Display, serta Pembantu Parkir Kereta Plus (Parking Assistant Plus), yang memberikannya kamera pandangan sekeliling 360 darjah dan Pandangan Jauh 3D (Remote View 3D). Untuk Final Edition, kedua-dua model menampilkan ciri telefoni dengan pengecasan tanpa wayar.

BMW X3 xDrive30e Final Edition

Daripada segi pilihan warna, BMW 218i Gran Coupé Final Edition boleh didapati dalam warna luaran Skyscraper Grey, Black Sapphire dan Alpine White, manakala upholsteri dalaman tersedia dalam Leather “Dakota” berwarna hitam dengan jahitan biru. BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition pula boleh didapati dalam warna luaran Carbon Black, Alpine White dan M Brooklyn Grey. Bagi pilihan upholsteri dalaman, BMW X3 sDrive20i Final Edition menawarkan Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan dekor, manakala BMW X3 xDrive30e Final Edition terdapat dalam Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan biru.

Program kewangan dinamik.

Dengan Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM2,760.00, RM3,909.00 dan RM4,577.00 masing-masing (berdasarkan pelan Easy Drive lima tahun dengan perbatuan 100,000 km pada 80 peratus jumlah pinjaman). Selain itu, pelanggan juga boleh mendapat manfaat rebat tunai Easy Drive bermula dari RM4,000.00 apabila mendaftar untuk Pembiayaan Easy Drive. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Dengan Pelan Pembiayaan Straight-Line daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula dari RM2,323.00, RM3,486.00 dan RM4,000.00 masing-masing (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman untuk tempoh tujuh tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang lengkap. 

Pemilik BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh termasuk:

  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW
  • Perkhidmatan Dalam Talian BMW

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah:

The BMW 218i Gran Coupé Final Edition

Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW*

The BMW X3 sDrive20i Final Edition

Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW*

RM223,800.00

RM20,600.00

RM311,800.00

RM26,700.00

The BMW X3 xDrive30e Final Edition

Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif BMW*

RM357,800.00

RM26,700.00

* terdiri daripada 5-Year Extended Warranty and Service Package.

Model edisi khas baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW mulai Jumaat, 7 Jun 2024 serta di Auto Bavaria AutoFest 2024 yang berlangsung di KL Base, Kuala Lumpur, dari hujung minggu ini 7 hingga 9 Jun 2024, 9 pagi hingga 7 malam.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan