Piston.my

PRO-NET dan ChargeSini Bekerjasama Untuk Meningkatkan Infrastruktur Kepada Pengguna EV

Proton New Energy Technology (PRO-NET), peneraju dalam sektor kenderaan elektrik (EV), menandatangani perjanjian untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV bersama ChargeSini. Kerjasama ini menekankan komitmen penting PRO-NET dalam membangunkan lanskap EV dan menyediakan ekosistem terbaik demi kemudahan pelanggan dan pengguna EV yang dihargai.

Sementara itu, kerjasama ini menerapkan nilai dedikasi PRO-NET dalam meningkatkan kebolehcapaian infrastuktur pengecasan EV awam di seluruh negara. Dengan mengintegrasikan rangkaian stesen pengecas ChargeSini termasuk pengecas pantas DC yang terletak di hotel, pasar raya, dan pusat beli-belah yang boleh diakses melalui Aplikasi Hello smart, PRO-NET terus membuka jalan bagi pengalaman pengecasan EV yang lancar kepada semua pengguna. Integrasi ini menandakan satu tanda aras yang ketara kerana ia dapat meluaskan rangkaian pengecasan awam daripada 70% hingga kepada lebih 75% di seluruh negara.

Majlis menandatangani perjanjian ini yang berlangsung di ibu pejabat PRO-NET, menjadikan sebahagian daripada detik yang penting dalam perjalanan menuju mobiliti elektrik. Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, bersama pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ChargeSini, James Goh menandatangani perjanjian kolaborasi pengecasan awam, bersedia untuk mengaturkan ekosistem pengecasan EV di Malaysia. Kolaborasi ini mencerminkan nilai dedikasi PRO-NET yang teguh dan sentiasa mencari rakan kongsi yang dapat meningkatkan kerjasama PRO-NET dengan ‘Penyedia Perkhidmatan Pengecasan’ (CPO) seperti Gentari, chargeEV, dan jomcharge. Dengan kolaborasi bersama ChargeSini, PRO-NET mengukuhkan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah dan lebih dipercayai bagi pengguna smart.

Dengan penambahan rangkaian pengecas EV ChargeSini, Aplikasi Hello smart kini merupakan aplikasi tunggal pertama di Malaysia yang dapat menyediakan akses ke stesen pengecasan dari empat CPO yang berbeza. Aplikasi Hello smart akan mempunyai lebih daripada 75% rangkaian titik pengecasan awam di seluruh negara dan diperkuatkan dengan rangkaian pengecasan ChargeSini. Penambahbaikan ini akan dikemaskini dalam Aplikasi Hello smart pada suku ketiga, menyediakan pengguna dengan pengalaman pemilikan yang lancar dan mudah.

Menerusi Aplikasi Hello smart dan ‘Display Head Unit’ (DHU) dalam kenderaan, pengguna boleh mencari dengan mudah lokasi stesen pengecasan yang terdekat. Ia dapat mengurangkan kebimbangan jarak semasa perjalanan ke destinasi yang dituju berserta maklumat terkini mengenai penggunaan titik pengecasan disediakan secara langsung. Pengguna smart dapat memulakan sesi pengecasan dan membuat pembayaran secara atas talian menerusi Aplikasi Hello smart. Pendekatan ini membolehkan pengguna menguruskan keperluan pengecasan mereka, dari mencari lokasi stesen sehingga terus kepada pembayaran, segalanya hanya di hujung jari. Aplikasi ini dapat meningkat Pengalaman Pemilikan EV Premium secara menyeluruh

Dalam pada itu, PRO-NET juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan smart #3 yang akan hadir pada suku ketiga tahun ini, diikuti pula dengan kemunculan PROTON EV pada tahun 2025. PRO-NET terus komited dalam mendorong inovasi, kelestarian, dan penyelesaian masalah pelanggan ketika memulakan perjalanan menuju mobiliti lestari. Dengan rangkaian PRO-NET yang semakin berkembang dan rakan kongsi yang strategik, smart akan memastikan bahawa pelanggan boleh mempercayai kredibiliti PRO-NET dalam menyelesaikan keperluan EV mereka dengan mudah dan efisien.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan