Piston.my

Proton Mengumumkan Inisiatif Penarafan 5 Bintang Untuk Perkhidmatan Selepas Jualan

Proton telah melancarkan initiatif penarafan 5 bintang untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggan di cawangannya di seluruh negara. Inisiatif baharu ini mengiktiraf pengedar Proton yang telah mencapai tahap cemerlang bagi perkhidmatan selepas jualan dan ia merupakan lanjutan daripada inisiatif Proton Operational Excellence (POE) syarikat yang telah dimulakan pada 6 Mac 2023.

Pengiktirafan baharu ini akan diberikan berdasarkan skor POE dan kualiti perkhidmatan bagi menggalakkan semua cawangan untuk mencapai dan mengekalkan tahap perkhidmatan dan kepuasan pelanggan yang tinggi. Kualiti perkhidmatan dinilai dalam dua kategori iaitu kelajuan dan pematuhan SOP dan ini kemudiannya dinilai dalam 6 bidang tumpuan. Matlamat akhir adalah untuk menguruskan keprihatinan pelanggan di cawangan dengan berkesan dan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Inisiatif POE menambah baik perkhidmatan selepas jualan melalui perkongsian amalan terbaik Inisatif POE Proton menekankan pematuhan kepada syarat-syarat seperti proses perkhidmatan, kecekapan juruteknik, inventori stok dan pengurusan pelanggan. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan prestasi perniagaan cawangan dan menambah baik kecekapan operasi pusat perkhidmatan di seluruh negara.

Setiap cawangan diberi penilaian pada setiap bulan dan hasilnya dikongsi dengan semua cawangan lain untuk menunjukkan dengan jelas kedudukan mereka dalam rangkaian. Bahagian selepas jualan Proton juga bekerjasama rapat dengan cawangan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka secara proaktif dengan roadshows suku tahunan diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik serta mengukuhkan prestasi dengan perkongsian amalan terbaik.

Dengan permulaan inisiatif penarafan 5 bintang, lima pengedar Proton akan dianugerahkan pengiktirafan tertinggi setiap bulan, menandakan mereka sebagai pusat kecemerlangan selepas jualan dan perkhidmatan pelanggan. Untuk memastikan pariti dan penerimaan daripada rangkaiannya, KPI untuk inisiatif itu ditetapkan berdasarkan maklum balas daripada semua cawangan serta penandaarasan amalan terbaik daripada OEM lain. Bagi menandakan permulaan inisiatif 5 bintang, acara pelancaran telah diadakan di Melinau Auto di Kuching, salah satu daripada tiga cawangan Proton yang diberi pengiktirafan baharu selepas memenuhi semua syarat.

Selepas pelancaran inisiatif 5-bintang, senarai cawangan yang diiktiraf akan diterbitkan di laman web korporat Proton, www.Proton.com, dan disertakan dengan lencana tersendiri untuk pengiktirafan pengedar.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan